Jom belajar asas HTML

11:09:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

Well sebab terlalu lama tak update apa apa entry jadi zahir nak buat satu entry simple tentang HTML. Zahir bukan terer sangat tapi zahir akan kongsikan yang basic sahaja. Apa-apa pun nak bagitau yang HTML ni sangat meluas dan korang kena explore sendiri kalau nak buat yang hebat-hebat.
Sebelum tu zahir nak pastikan yang korang mesti bezakan HTML yang zahir akan kongsikan cuma basic sahaja bukan la advance macam blog or lain lain. Apa-apa pun jum kita belajar.
1. Mula-mula korang bukak Notepad korang
2. Korang save dulu file tu dan namakan file tu hello.html macam gambar kat bawah ni. Pastikan .html okay.
3. Jom buat coding!
okay korang type kat notepad mcm ni
<html>
<head>
<title>My First Html</title>
</head>

<body>

<h1>hello world!</h1>

<h4> My Name is Encik Kidal </h4>

Hai! 
</body>
</html>

4. Save kan
5. Tekan icon hello.html anda

6. Dia akan keluar kan macam ni
Dapat tak? Kalau dapat bermakna korang dah berjaya buat HTML. Kalau ada masalah atau pertanyaan atau nak belajar lagi boleh la komen kat ruangan komen. Sebelum zahir nak habiskan entry zahir nak terangkan kegunaan coding tadi.

<html></html> menunjukkan yang file ini file HTML
<head></head> provide maklumat tentang file ni
<body></body> dia discribe benda yang korang akan nampak
<h1></h1>  yang ni korang bole ubah number dia tengok apa beza dari nombor 1 hingga 6 je okay.

rasanya zahir dah bagi yang termampu kot hahah apa-apa pun semoga berjaya!

Sekian




You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k