Program Motivasi Kecemerlangan SK Beradek

1:51:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments


Hai semua lama tak update tentang benda yang ada informasi sikit *informasi sangat kan*. Jadi sabtu lepas 30 Julai 2016 Faculty Science Computer And Mathematics UiTM Samarahan Kampus 2 dengan kerjasama  Pan-Pacific & South East Asia Women's Assiosiation(PPSEAWA) Cawangan Sarawak dah buat satu program dekat SK Beradek, Pedawan yang mana kitorang dah buat satu program motivasi untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tak lama lagi .

Aktiviti yang diadakan pun bermanfaat tapi sebelum zahir teruskan cerita tentang apa yang berlaku zahir nak ceritakan sikit apa tujuan kitorang buat program ni. Jadi tujuan program ini adalah untuk membantu sedikit sebanyak untuk memotivasikan pelajar disini supaya bersemangat untuk menghadapi UPSR tak lama lagi.  Sebab kat Sk Beradek ni jumlah kecemerlangan dia kurang sikit jadi semoga adanya program ni semoga diorang lebih bersemangat nak belajar. In Shaa Allah Aminnn. *Kat sini baru zahir perasan yang ayat yang zahir tulis macam karangan pulak kan haha okay takpe zahir akan cuba lebih santai.*
Jadi kalau korang nak tau kitorang  dah bersiap untuk ke SK Beradek dari pukul 6.15 pagi dah. Awal kan. Kitorang terpaksa guna bot untuk ke SK Beradek sebab sekolah ni terletak kat pulau rasanya zahir pun tak pasti tapi kitorang memang guna bot la dalam 40 minit macam tu. 

Sampai-sampai je kat SK Beradek  kitorang terus  di sambut meriah oleh guru-guru, bahkan kitorang terus dijemput untuk makan. Apa lagi melantak la haaha. Aktiviti kat sini termasula motivasi untuk ibu bapa, motivasi untuk pelajar, siap ada demonstasi untuk buat kek lapis lagi gituuu haha.
Jadi Zahir tak nak cerita panjang-panjang sebab ayat zahir pun memang macam karangan dah huhu. Aku tak tau kenapa aku macam ni. Mungkin ni la padah nya kalau tinggalkan blog lama-lama haha. Zahir dah letak beberapa gambar yang cantik untuk korang. So Enjoy!










Apa-apa pun program ni akan berterusan unutk memestikan SK Beradek ni terus meningkat dalam keputusan peperiksaan. Zahir doakan diorang berjaya dan semoga keluarga diorang memahami keputusan korang ehehe

Okay tu je, nak kongsi sikit je hehe

Sekian

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k