Hati-Hati bila main PokemonGO

10:33:00 PG Mohd Zahiruddin 2 Comments



Permainan PokemonGO yang baru keluar minggu lepas rasanya dah jadi macam virus pulak kan semua orang tak kira lah tua muda atau pun kanak-kanak semua main sambil berjalan main PokemonGO. Sebelum tu zahir tak akan bagi pendapat yang sensitive dalam hal PokemonGO ni okay zahir Cuma akan bagi pendapat peribadi tentang game ni.

Sebagai salah seorang yang tak main game PokemonGO ni zahir seringkali Nampak ada yang main PokemonGO ni sambil berjalan. Yela memang la main game ni kena berjalan tapi apa yang zahir Nampak diorang ni main tapi tak focus pada jalan dan ia sangat merbahaya.

Memang la tak semua yang buat macam tu zahir cuma bagitau apa yang zahir Nampak itu sahaja. Zahir harap untuk sesiapa yang main PokemonGO ni supaya berhati-hati sebab malang tak berbau ingat tu. 
Zahir ada la terbaca tentang kemalangan yang berpunca dari permainan ni tapi yang dari luar negara la. Walaupun luar negara kita kena jugak ambil langkah berjaga-jaga untuk  mengelakkan kita terbabit sama okay. Apa yang zahir nak pesan adalah korang kena berhati-hati tak kira la dalam rumah sekalipun *mana tau jatuh tangga* kita nak elakkan sebanyak mungkin kemalangan yang ada okay. Main la kat taman or kat mana-mana tempat yang selamat. Jangan main tepi jalan okay sebab ia sangat bahaya.

Zahir harap apa yang zahir tulis kat sini bukan hanya sekadar bacaan kosong walaupun apa yang zahir tulis kat entry ni Cuma tentang pendapat zahir untuk PokemonGO.  Logiknya kalau korang main permainan PokemonGO ni dengan cara yang betul, tempat yang betul dan masa yang betul memang tak akan jadi masalah pun asal kan korang peka dengan keadaan sekeliling. Bagi yang Muslim tu, main tu berpada-pada lah jangan sampai lalai kalau korang rasa permainan ni membuat korang lalai dari buat ibadah tinggalkan je okay? jangan sampai memudrat kan diri sendiri.

 Zahir nak mintak maaf kalau lah pendapat zahir ni ada yang tak puas hati yang penting zahir cuma harap korang berhati hati lah okay

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. pokemon go juz for fun fun jew. hihi. dtg blogwalking and klik info iklan utk dibaca. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup for fun kan cuma ye la ada yang tak berhati hati

      Padam

Do Comment k