Hari Kidal Sedunia

11:19:00 PG Mohd Zahiruddin 1 Comments


Ramai Orang yang tak tahu yang 13 Ogos setiap tahun merupakn Hari Kidal Sedunia dimana orang yang digelar "lefties" atau "southpaws" ini diraikan. Nak kata golongan istimewa bukan lah terlalu istimewa tapi dalam 6.7 bilion populasi di dunia ni ada 10% sahaja yang bertangan kidal.

Jadi perkara biasa kalau dengar "Eh kidal rupanya." or "Ko kidal ke wow!" tak dinafikan la ada yang macam tu tapi kalau kitorang jumpa sesama kidal "Ko kidal ke, kita geng bro" dan secara tiba-tiba pertubuhan geng kidal tercipta.

Tambahan zahir pun kidal haha Well nama blog zahir pun Encik Kidal so memang jelas lagi nyata zahir memang kidal haha even semua adik beradik pun kidal. Tapi parent tak kidal pun hahah pelik kan. 
Cuma apa yang sukar bagi kitorang bila kitorang guna item yang dicipta untuk golongan yang bertangan kanan. Contoh nya gunting yang jenis macam ni. Seksa nak meggunting kertas tu tuhan ja yang tau hahaha.
Kadang-kadang ada la yang tanya kenapa tak belajar guna tangan kanan? Zahir pernah la cuba tulis guna tangan kanan dan hasil nya amat berseni. Bukan nya kitorang taknak tapi tak boleh dah terbiasa  tapi kitorang tak la guna semua kerja guna tangan kiri.Nabi kan ajar guna tangan kanan apa yang boleh kitorang buat kitorang guna la tangan kanan.

Cuma satu ja la yang hampir semua tangan kidal buat guna sudu tangan kiri. Yang ni panas sikit kalau ada yang tegur "Makan guna tangan kanan. Tu tangan basuh berak" dan zahir pun ter speechless haa nampak tak terrr tu haha guna sudu kottttt. Kalau makan guna tangan memang la kanan.

Panjang pulak kan entry ni haha okay zahir akan berhenti kat sini yela excited nak cakap pasal kidal sebab saya Encik Kidal. Baiklah

Sekian


You Might Also Like

1 ulasan:

  1. saya ambidextrious...dua2 tangan boleh jalan...hehe...saja nak cakap.. :-)

    BalasPadam

Do Comment k