Barang Keperluan Masuk Ke Universiti

6:43:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments


Memandangkan sekarang dah nak masuk musim pelajar baru masuk ke Universiti jadi zahir dengan gigih nya telah mencari senarai peralatan atau keperluan yang pelajar perlu ada untuk dibawa ke universiti. Senarai barang yang zahir bagi lepas ni adalah senarai dari maklumat yang zahir kumpul dari beberapa orang jadi mungkin barang tersebut perlu ataupun mungkin tidak. Jadi fikir dengan bijak barang apa yang korang nak bawak okay? zahir cuma bantu untuk buat check list sahaja.

Okay tak nak buang masa jadi zahir akan senaraikan mengikut katogeri jika anda nak tambah sila tambah. Okay? Satu lagi peringatan buat yang ada perjalanan yang jauh dari Universiti tuh yang guna kapal terbang, kapal layar *melawak je*, kereta or motorsikal.*Pastikan bawak yang penting je!! nanti sampai destinasi baru beli barang keperluan supaya tidak membawa barang terlalu banyak*

DOKUMEN PENTING
  1. Surat Tawaran 
  2. Salinan Sijil Lahir
  3. Salinan IC 
  4. Salinan IC Keluarga *Ibu Dan Ayah penting*
  5. Salinan Slip Gaji Ibu dan Ayah 
Kalau boleh buat salinan seberapa banyak yang boleh supaya tak menyusahkan orang lain. Lagi lagi kalau Ibu Ayah nun jauh di kampung. Okay.

PAKAIAN DAN KASUT

 Zahir tak katogerikan jantina jadi kenal pasti jantina anda hehe. Jangan salah jantina sudah.
  1. Pakaian Sukan : Seluar sukan, Baju Sukan dan Kasut sukan.
  2. Pakaian Kelas : Baju Formal, Tie, Tudung dan Kasut kulit hitam 
  3. Pakaian Biasa : T-shirt, seluar, sandal, selipar dan lain-lain
  4. Kopiah/songkok atau Telekung bagi yang muslim.
  5. Baju yang ditetapkan dalam surat tawaran *Jika ada*
Untuk kuantiti adalah terpulang kepada anda asalkan ada yang basic pun memadai untuk yang baru masuk. Setiap minggu la bawak baju tambahan okay?

Barang Mandi

  1. Sabun Mandi/Syampu
  2. Baldi
  3. Berus baju
  4. Berus gigi
  5. Ubat gigi
  6. pencuci muka
  7. Serbuk pencuci baju/Cairan pencuci baju
Sebenar nya ini adalah mengikut individu tak kira la nak bawak banyak mana sekali pun.

Barang Kebersihan Diri
 Zahir tak katogerikan jantina jadi kenal pasti jantina anda hehe. Jangan salah jantina sudah.
  1. Bedak
  2. Spray badan/Deodorant**betul ke aku eja 
  3. Sikat rambut
  4. Minyak rambut
  5. Compack Powder **pompuan je paham aku pun tak tau haha
  6. Minyak Wangi
  7. Barang Keperluan Peribadi
Ubat-Ubatan
Basic ubat yang zahir rasa penting. kalau korang ada sakit lain sila bawak ubat anda. Jangan lupa tau nanti tak la menyusah kan pihak lain.
  1. Penadol
  2. Minyak angin
  3. Pil Angin
Barang Tambahan
  1. Makanan/air
  2. Gelas
  3. Mangkuk
  4. Sudu
  5. Hanger
  6. Iron
  7. Water Heater
  8. Bantal
  9. Selimut
  10. Tuala
  11. Sejadah **muslim
  12. Pencuci Pinggan 
  13. Span
Banyak lagi barang keperluan tapi bawak yang perlu sahaja zahir tekankan sangat sila lah berjimat jangan nak beli yang mahal-mahal zahir cuma senaraikan yang selalu kita perlu tapi tak perlu ikut 100% berjimat la. Untuk kegunaan anda selepas hari mendaftar jangan nak membazir okay. Korang bukan sehari dua dekat University tapi bertahun.

Sekian 

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k