AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 10]

7:38:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments


SELESAI membaca surah Yasin, dia duduk berteleku. Air mata yang membasahi pipinya hanya dibiarkan saja. Dia sempat mengerling ke arah Naqib yang sedang mencabut rumput di sekitarnya.

      "Abang.. Ana rindu bang, ana rindu abang.." luah Nailah Izyani dengan tangisan yang deras. Dia terlalu merindukan belaian Nazrul Al-Rahman. Dia terlalu rindukan kasih sayang suaminya itu, dia rindukan cinta yang tidak pernah habis dicurahkan kepadanya. 

       "Maafkan ana bang, ana tak mampu lindungi abang dulu.." 

       Andai saja dia kuat, pastinya dia akan menyelamatkan suaminya. Tapi itu tidak mungkin, dia hanya wanita yang lemah. Dia tidak kuat. Dia hanya manusia biasa.  

      "Abang.. Ana dah berjaya besarkan anak kita.. Ana mahu dia jadi seperti abang.. Ana mahu dia gagah seperti abang.." Nailah Izyani cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun tidak mampu. Dia mahu menangis sepuasnya sekarang ini. 

        Dia terlalu mencintai Nazrul Al-Rahman, terlalu. Dia menyerahkan segala jiwa dan raga untuk lelaki ini. Dia rela susah untuk suaminya. Dia rela sakit supaya suaminya dapat merasai kebahagiaan.

      Dia melihat jari jemarinya yang tidak cukup sepuluh itu. Ini bukti dia terlalu menyanyangi dan mencintai Nazrul Al-Rahman. Kerana mahu mempertahankan suaminya, dia sanggup menjadi tempat melepaskan dendam.  

      "Abang.. Andai aku tahu kamu mahu meninggalkanku, akanku peluk erat kamu.. Akan aku tagih cinta dan sayangmu untuk kali terakhir.. Akanku lakukannya suamiku.." Nailah Izyani menyeka air matanya yang meleleh. 

       "Kamu tahu.. Akanku pertahankan cinta kita.. Akakn aku sematkan rasa cinta ini sehingga akhir hayatku.. Tak akanku cari pengganti walaupun ada sejuta lebih baik darimu.." ya, akan dia pertahankan cinta yang ada. Tidak akan dia buang Nazrul Al-Rahman. 

        "Tidak aku biarkan sesiapa pun menjamahku dia mana tempatmu menjamahku.. " 
   
                                                      - TAMAT-   

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k