AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 9]

10:58:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

"ALLAHUAKBAR.." 

       Nazrul Al-Rahman jatuh terjelepok apabila kepalanya terasa dipukul dengan benda yang keras. Perlahan-lahan dia meletakkan Nailah Izyani di yang terjerit kecil di atas lantai, dia tidak mahu isteri dan anaknya tercedera. 

       "Abang..!" Nailah Izyani menjerit apabila melihat cecair pekat yang mengalir dari kepala suaminya. Terketar-ketar dia menyentuh cecair tersebut.  

         "Darah.." Nailah Izyani membuka ikatan purdahnya, sepantas kilat dia mengikat kepala suaminya yang luka itu. 

          "Nailah, tutup mukamu sayang.. Abang tak mahu ada sesiapa melihat wajahmu.." pesan Nazrul Al-Rahman dalam nada yang sayu. Terasa ngilu di kepalanya sekarang ni. 

           "Baru kau tahu betapa sakitnya hati aku sekarang ni.. Aku yang patutnya dapat jawatan tu, bukannya kau.. Sekarang rasakanlah..!" Faiz melepaskan kemarahan di hatinya yang sudah lama tersimpan. 

          Apabila dia melihat Nazrul Al-Rahman berusaha untuk bangun, cepat-cepat dia memukul lagi tubuh lelaki itu. Dia sudah tidak peduli lagi dengan apa yang terjadi selepas ini, kalau boleh dia mahu lelaki ini mati! 

        "Abang..!" Nailah Izyani yang melihatnya mengalirkan air mata yang deras, tidak sanggup rasanya untuk dia melihat suaminya dalam keadaan kesakitan seperti itu. 

        "Kau ni patut lama dah mati, biar puas hati aku..!" Faiz ketawa berdekah-dekah sambil mengeluarkan sebilah pisau yang tajam. Dia bagaikan dirasuk sekarang ini. Yang dia mahu sekarang ini adalah memastikan lelaki ini mati! 

        Nailah Izyani yang melihatnya, bingkas berdiri. Dia merenung tajam lelaki yang memukul suaminya. 

        "Langkah mayatku dulu sebelum kamu mahu membunuh suamiku.." lantang Nailah Izyani bersuara. Dia akan lakukan apa saja asalkan suaminya selamat. 

         "Kau ni lemah, jangan nak berangan boleh selamatkan suami kau tu.. Kau dengan dia patut mati aje..!" Faiz yang sudah berkira-kira mahu menampar pipi wanita itu, terundur ke belakang apabila wanita itu menyerangnya. 

        Nailah Izyani membuka langkah silatnya, biarpun dia wanita dan sedang hamil. Dia tidak peduli akan itu. Dia menyerang lelaki yang mahu membunuh suaminya sebanyak dua kali. Dengan kekuatan yang serba ada dan juga dalam hatinya  tidak henti-henti meminta pertolongan ALLAH SWT. 

        Faiz yang rasa tercabar tidak menunggu lama, dia cepat-cepat menendang kaki wanita itu sehingga tersungkur. Dia ketawa mengekek. 

        "Dah cakap kan, kau tu perempuan.. Lemah.. Pergi masak dekat dapur..!" ejek Faiz dengan ketawa yang kuat. Dia kembali merenung Nazrul Al-Rahman yang sudah tertiarap di atas lantai itu. Kau patut mati! 

        Nailah Izyani yang perasan akan hal yang akan terjadi, kembali mencari kekuatan untuk berdiri.  
        "Allahuakbar..!" laung Nailah Izyani saat menahan sebilah pisau daripada menikam tubuh suaminya dengan jari jemarinya.  

          Kerana pangkat dan harta, dia sanggup membunuh. Dia sudah tidak peduli. Cecair pekat yang sudah mengalir dari jari jemari wanita itu dia tekan lagi sehingga tertusuk masuk ke dalam.
 
        "Allahu..!" Nailah Izyani jatuh terduduk apabila ibu jarinya terputus. Dia tidak kuat untuk melawan kekuatan lelaki itu. Dia tidak kuat untuk menolak sebilah pisau itu. 

       "Abang, maafkan ana.." pinta Nailah Izyani sambail mengesot menghampiri tubuh suaminya yang sudah kaku itu. 

        "Abang bangun, bangun demi anak kita.." Nailah Izyani menggocang tubuh suaminya sekuat yang mungkin. Dia sudah tidak peduli lagi dengan sakit yang dia rasakan sekarang ini. 

       "Abang..!"   

********************************
AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 8]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k