TREND CIUM KETIAK LELAKI

10:35:00 PG Mohd Zahiruddin 1 Comments





TREND CIUM KETIAK LELAKI. Dulu trend bertukar pakaian sekarang cium ketiak pulak Ya Allah apa la jadi dengan dunia sekarang. Nak tunjuk cinta sampai Syurga katanya tapi Lagi sedih sebab ada ilmu tapi tidak menggunakan ilmu yang ada malah yang mengikut perbuatan ni. Bayangkan kalau itu korang, sanggup ke? Tidak semestinya perempuan sahaja malah lelaki pun sanggup ke tengok wanita yang kita sayang cium ketiak pulak tu.

Memang ada fakta yang menunjukkan mood wanita menjadi ceria disebabkan peluh ketiak lelaki tapi itu Cuma ujikaji tak semestinya kita perlu ikut malah kajian tersebut adalah dengan menyapu peluh lelaki ke bibir wanita dan bukan nya mencium ketiak.

Nak tunjuk kasih sayang ada caranya malah kita ni memang la buat kesilapan setiap masa tapi berfikir dulu sebelum bertindak. Zahir harap anak muda tidak terikut-ikut trend ini sebab bagi pendapat zahir benda ini sungguh tidak logik.

Zahir ada jugak mintak pendapat dari rakan media social tentang trend ini jom tengok apa pendapat mereka.

Mereka pun tak bersetuju malah ada yang sampai nak pukul pakai besi hehe ganas la akak.. Takpe langkah yang bijak mencegah kan..

Zahir tak nak ulas panjang-panjang sebab benda ni korang sendiri boleh fikir dengan akal fikiran yang sihat malah akal yang kurang sihat pun boleh bezakan kot. In Shaa Allah kita tak nak anak-anak muda kira ni terjebak dengan trend yang pelik dan tak logic seperti ni.Segala pendapat adalah dari zahir sendiri dan mungkin bercanggah dari pendapat korang jadi nak terangkan la itu pendapat peribadi sahaja okay..kalau takpuas hati zahir mohon maaf hehe

Sekian


You Might Also Like

1 ulasan:

Do Comment k