AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 5]

11:58:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

NAZRUL Al-Rahman mencekak pinggang, tali lehernya dilonggarkan. Muka pekerjanya direnung tajam.  

     "Saya suruh kamu buat kerja ni lama dah, apa yang susah sangat..? Saya nak kamu cari lima pelanggan aje dalam bulan ni, tapi tengoklah.. Dapat dua orang aje.. Sedangkan kamu punya tahap untuk bulan ni, sepatutnya dapat lebih dari lima orang tau Faiz.. Macam mana kamu buat kerja ni..?" Nazrul Al-Rahman menggelengkan kepalanya. Agak pening memikirkan sikap pekerjanya yang seorang ini, Faiz sepatutnya sudah mahir memandangkan dia sudah berkerja lama di syarikat ini. 
 
       Manakala dia baru saja berkerja selama tiga tahun, meskipun umur Faiz masih lagi mudah tetapi dia lebih cekap menggunakan kelebihan kepetahan bicaranya untuk menarik pelanggan, tapi kini sudah berubah. Lelaki muda ini sepertinya sudah hilang semangat. 

      "Faiz, kamu ada masalah apa sebenarnya..?Saya suruh kamu sebulan yang lalu Faiz, kamu dah biasa buat semua ni.. Kenapa pula sekarang ni lain..?" Nazrul Al-Rahman cuba bertutur dengan lembut, dia tidak mahu berkasar. Siapa tahu lelaki muda ini mempunyai masalah. 

       "Bagi saya masa.. Sekarang ni saya serabut sikit.." pinta Faiz dengan separuh merayu, walaupun dalam hatinya sekarang ini dia menyumpah seranah lelaki yang berpangkat bosnya. Sakit benar hatinya apabila terpaksa menatap muka lelaki tua ini. 

      "Asyik minta masa, dua bulan lepas pun minta masa jugak.. Pekerja lain pun ada masalah tapi mereka dapat pelanggan yang sudah syarikat tentukan.. Ni, saya tengok pakaian awak pun dah tak terurus.. Macam mana nak dapat pelanggan kalau kita tak jaga penampilan, jagalah.." tegur Nazrul Al-Rahman sambil matanya melirik ke arah pekerja bawahanya ini. Baju pun kedut. Haih. 

      "Saya ni pekerja aje, bukan adik encik Nazrul yang nak kena encik nasihat bagai.. Kalau tak sudi dengan saya dah, esok saya letak jawatan.. Puas hati..!" hambur Faiz lalu kaki dihayun.  

      Sampai saja di meja kerja, dia menghenyakkan punggung di atas kerusi. Mukanya diraup beberapa kali, sakit hatinya apabila dinasihati. Dia menggepal jari jemarinya.
 
      "Setelah dibuat penilaian, saya memilih encik Nazrul sebagai ketua pemasaran di syarikat kita ini.. Saya mahu kita menyokong dan membantu beliau dalam menjalankan tugsannya.."
 
      Faiz mengelap peluh yang membasahi dahinya, pelantikan jawatan sebagai ketua pemasaran itu seharusnya menjadi milik dia. Bukan lelaki tua itu! Dia cuba menahan diri 

daripada melakukan hal yang tidak sepatutnya kepada lelaki itu. Sungguh Nazrul Al-Rahman tidak layak! Biarlah umurnya masih muda tetapi dia merasakan lebih layak. 

    "Bro, kau okay tak..?"  

    Serta merta Faiz memalingkan muka ke arah suara itu, dia sedikit terkejut dengan sapaan rakan kerjanya, Amir. 

     "Kau reti bagi salam tak..? Kalau aku mati tadi..?" rungut Faiz. Dia memusingkan kerusinya mengadap muka Amir. 

       "Kau kalau dengan aku tak payah bajet alim.. Ni kenapa..? Kau kena tarbiyah dengan orang tua tu ke..?" tanya Amir. Dia perasan perubahan Faiz selepas keuar dari bilik bos mereka. 

       "Kau tak payah cakap pasal dia boleh tak..? Aku meluat dengar, dia ingat dia tu bagus sangat.. Aku ni kerja lebih lama dari dia dekat sini, sepatutnya encik Zainal pilih aku.. Aku yang patut dilantik jadi ketua tu.. Bukan dia yang baru kerja dekat sini.." luah Faiz, dia sudah cukup lama memendam rasa tentang hal ini. 

        "Bro, aku faham apa kau rasa.. Tapi nak buat macam mana, dah dia aje yang encik Zainal tu nampak.. Tapi kau jangan risau, aku pun tak suka dia.." Amir menepuk bahu Faiz. Dia juga turut mempunyai pandangan yang sama.  

         "Apa kata kita kerjakan dia..?" Amir memberi cadangan. Dia menjongketkan keningnya. 

       Seketika mereka diam apabila melihat kelibat Nazrul Al-Rahman yang sedang dalam keadaan tergesa-gesa keluar dari ruang pejabat. Kelihatanya agak sedikit cemas.   
 
                                               ******************* 
AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 4]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k