AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 7]

11:32:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

JAM  yang terikat di pergelangan tangan sudah dikerling beberapa kali, keluhan dihempaskan.  

     "Mana orang tua ni..? Dah nak dekat tiga jam kot duduk sini.." rungut Faiz.  

      "Kau reti sabar..? Dia keluarlah tu, kejap lagi baliklah tu.." Amir yang masih lagi menatap skrin telefon bimbitnya agak sedikit rimas dengan rungutan rakan kerjanya. Sudah berkalikali Faiz berleter. 

        "Buang masa akulah ikut kau, aku ni banyak kerja dekat ofis.. Ikut kau ni ada apa sangat.."  

         "Tu, kau punya orang tua dah balik.. Buang masa ke ni.." Amir memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kereta yang memasuki garaj rumah bertingkat dua itu.
 
          Masing-masing tersenyum sinis. 

         Sebaik saja enjin kereta dimatikan, dia mengucap syukur kerana berjaya sampai ke rumahnya dengan selamat. Bibirnya tersenyum simpul apabila mengenangkan khabar berita tentang kehamilan Nailah Izyani. Kandungan isterinya sudah masuk bulan yang ke tiga, dia mengucap syukur yang tak terhingga. Dia dan Nailah Izyani akan bergelar ibu bapa tidak lama lagi. 

         Sungguh tenang helaan nafas isterinya yang sedang nyenyak tidur, selepas saja dia pulang dari taman permainan. Dia dan Nailah Izyani pergi ke pasar raya untuk membeli barang dapur. 
 
          "Sayang, intan payungku.. Kita dah sampai.." Nazrul Al-Rahman menggoncang lembut tubuh isterinya. 

         "Sayang, bangun.. Nak maghrib dah ni.."  

        Nazrul Al-Rahman tersenyum manis apabila melihat isterinya sudah terpisat-pisat. Jari jemari isterinya diramas lembut. 

        "Abang, angkat ana.. Tak larat jalan.." rengek Nailah Izyani, suaranya dilenggokkan. 

        "Sayang abang ni dah mula manja.. Letihlah abang lepas ni.." Nazrul Al-Rahman menepuk dahinya. 

        "Kena juga.. Sekali ini saja suamiku.."  

        "Ya, sayang.."  

        Nazrul Al-Rahman melangkah keluar dari perut kereta, selepas menutup pintu dia menuju ke arah sebelah penumpang pula. Pintu yang sudah dibuka Nailah Izyani, memudahkan dia untuk mencempung isterinya itu. 

       "Pegang abang kuat-kuat.. Kita nak terbang ke angkasa.." seloroh Nazrul Al-Rahman.  

       Nailah Izyani hanya ketawa kecil, dia hanya merenung wajah tampan suaminya itu. Bukan selalu dia dan Nazrul Al-Rahman bermanja seperti ini. 


***********************************

AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 6]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k