AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 6]

7:03:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments


WAJAH mulus isterinya ditatap lama, dia mendapat pesanan ringkas dari bapa mentuanya tentang keadaan Nailah Izyani yang pengsan. Tapi sejurus dia pulang ke rumah, isterinya seperti tiada apa-apa masalah kesihatan. 

     "Sayang, jangan buat abang risau.. Abi kata Nailah pengsan, ni kenapa ajak abang keluar pulak.." rungut Nazrul Al-Rahman. Apabila sampai saja dia rumah, dia diajak keluar pergi ke taman permainan. 

      "Ana tak ada apa-apalah bang, jangan risau suamiku.." pujuk Nailah Izyani, dia sempat mengucup lembut jari jemari suaminya. Tak ada orang bolehlah. 

      "Tapi sayang tak pernah pula pengsan, ni yang abang risau.. Nailah sakit ke sayang..?"  

      "Suamiku, apakah engkau akan mencari penggantiku sekiranya isterimu ini pergi meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ini..?" tanya Nailah Izyani dengan nada yang mendatar. Dia merenung anak mata suaminya. 

       "Nailah.. Sayang cakap apa ni..? Abang tak sukalah.." belum sempat dia mengabiskan butir bicara, Nailah Izyani sudah memintas kata-katanya. 

       "Katakan saja.. Ya atau tidak..? Susahkan soalan itu..?"  

       "Kalau Nailah..? Macam mana abang mati nanti, sayang akan cari orang lain tak..?" Nazrul Al-Rahman memulangkan soalan. Berkerut dahi apabila dia mendengar soalan dari Nailah Izyani. 

        "Tidak.. Sama sekali tidak suamiku, hanya kamu yang aku cintai.. Tapi sekiranya aku perlu undurkan diri agar kamu lebih dekat kepada Sang Pencipta, akan aku lakukannya.." ucap Nailah Izyani dengan titisan air mata. Sungguh dia mencintai Nazrul Al-Rahman, dia menyembamkan muka ke dada suaminya. 

        "Nailah dah cukup sempurna di mata abang.. Tiada siapa akan dapat menggantikan tempatmu wahai isteriku yang tersayang, tercinta, berlian, intan payung.." 

         Kata-kata itu membuatkan Nailah Izyani tergelak kecil, dia menampar lembut paha Nazrul Al-Rahman.  

          "Abang.."  

         "Ya, sayang.." 

         "Sungguh kamu mencintai aku..?"  

         "Sungguh benar.."    

         "Apa buktinya..?" 

      "Abang akan bahagiakan isteri abang, selagi mampu.." 

      "Hanya isteri..? Anak kita bagaimana..?" 


****************************************

AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 5]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k