AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 4]

1:30:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments

BINGKAI gambar perkahwinan mereka berdua ditatap lama. Beruntung dia dapat menikahi lelaki yang dia cinta, pertemuan pertama kali dia dan Nazrul Al-Rahman kerana satu tragedy yang menimpa dirinya. 

     Dua tahun yang lalu dia pernah diragut oleh dua orang lelaki yang menunggang motosikal, berusaha dia cuba menyelamatkan beg tangannya tetapi dia tidak punya kekuatan. Akhirnya dia terjelepok jatuh dan menyebabkan jubahnya terselak sehingga menampakkan auratnya. Lelaki yang pertama melihat auratnya adalah suaminya yang sekarang ini, Nazrul Al-Rahman yang membawa dia ke hospital bagi memeriksa keadaan dirinya. Dari itulah dia mula mencintai lelaki ini. 

     Dia cuba mengambil tahu tentang lelaki itu dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk masuk meminang, pada mulanya abinya tidak bersetuju. Tapi atas pujukan dia, abi dan uminya bersetuju juga. Dia mendaat tahu serba sedikit tentang Nazrul Al-Rahman daripada jiran-jiran lelaki itu. Setelah melakukan solat hajat dan istikharah, dia memberanikan diri untuk masuk meminang.  

        Biarlah dia dikatakan gatal kerana meminang lelaki tapi itu lebih baik daripada dia terus hanyut dalam zina kerana membayangi Nazrul Al-Rahman. Biarpun umur mereka yang sangat ketara bezanya, dia dengan rela hati menerima lelaki itu sebagai imamnya. Mas kahwinnya yang bernilai dua puluh dua ringgit sebagai tanda perbezaan umur dia dan suaminya itu. 

       Sudah dua tahun dia membina mahligai indah itu bersama suami tercinta, dia mengucap syukur kerana mendapat kebahagiaan dan dapat hidup selesa bersama Nazrul Al-Rahman. Meskipun belum dikurniakan zuriat tapi dia tetap berdoa agar ALLAH SWT murahkan rezeki untuk mereka berdua.  

        Wajah suaminya yang tampan itu ditatap lama, walaupun sudah berumur empat puluh dua tahun, Nazrul Al-Rahman masih lagi kacak. Masih lagi bergaya, masih lagi gagah, masih lagi boleh menerima dirinya yang terlalu jauh usia daripadanya. Mujurlah dia mendapat suami sehebat Nazrul Al-Rahman yang mahu membimbingnya. 

       Tidak dia nafikan, pada umurnya lima tahun dia sudah diajar menghafaz dan pada umur sembilan tahun pula dia sudah dipakaikan purdah oleh uminya. Tidak pernah melangkah kaki keluar dari rumah untuk berhibur melainkan untuk semata-mata ilmu. Dia dikawal seketat yang mungkin.  

       Dia juga diajar sukan Rasulullah SAW, seperti memanah. Seni pertahankan diri juga sudah tersemat dalam dirinya. Tidak pernah dia menyimpan perasaan pada mana-mana lelaki melainkan selepas bertemu dengan Nazrul Al-Rahman yang sudah pernah melihat auratnya. Tidak pernah dia menunjukkan mahkotanya(aurat) pada sesiapa dan itu menjadi salah satu sebab dia meminang lelaki itu. 
       Kalau boleh dia mahu lelaki itu menjadi lelaki yang pertama dan terakhir yang menyentuh dirinya. Inshaa-ALLAH.

*****************************
AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 3]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k