Apa yang perlu dilakukan selepas SPM?

11:18:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments


Sering kali kita dengar kalau lepas ambil SPM nak buat apa kan?.
Jadi kali ni zahir nak bincang kan sedikit tentang apa yang patut adik-adik sekalian lakukan setelah mengambil keputusan.

Zahir faham kalau ada antara korang yang masih tak dapat terima keputusan atau masih terkejut dengan kejadian yang menimpa korang. Well zahir pun pernah jugak ambik SPM jadi tau la debaran dia macam mana. Apa yang penting...kerjaasama..eh yang penting nya korang kena terima keputusan korang tu dengan redha dan penuh tawakal okay. Ingat perancangan Tuhan lagi elok dari perancangan kita. Kadang-kadang orang yang dapat biasa-biasa ni orang tu la yang akan dapat kerja yang hebat-hebat.

Okay jauh pulak melencong dari topik asal kan hehe maaf. Seperti yang zahir nyatakan apa yang korang semua patut lakukan setelah SPM.

Ada 3 kemungkinan yang ada iaitu Sambung belajar, kerja atau menganggur.

KERJA
Kita mulakan dengan kerja sebab mestila korang akan terfikir nak ambik pengalaman la konon nya padahal nak cari duit untuk beli barang yang korang nak. Tapi ada jugak yang kerja sebab memang nak cari duit saku ye la tak nak susah kan keluarga kan. Tapi bagi zahir sebelum korang sambung belajar boleh la cari kerja ambik pengalaman la kan. Tapi untuk yang tak nak bekerja tu tolong-tolong la keluarga okay. Yang penting korang carik kerja yang halal okay.

SAMBUNG BELAJAR
Banyak yang pasang impian nak sambung belajar ni ye la nak merasa Uni life la katakan tapi korang kena ingat untuk sambung belajar korang kena pilih bidang yang korang suka supaya mudah untuk bawa bidang tersebut hingga ke akhir. Tapi macam mana kalau dapat bidang yang kita kurang berminat. Macam yang zahir cakap perancangan Tuhan lagi hebat dari kita sendiri. Jadi ambik je bidang tersebut dan belajar bersungguh-sungguh untuk dapat keputusan yang cemerlang. Korang tak minat bidang tersebut? Apa yang zahir dapat katakan makin korang belajar dalam bidang tersebut In Shaa Allah minat tu akan timbul sendiri. Yang penting jangan benci akan bidang tersebut okay.

MENGANGGUR
Yang ni tak nak cakap panjang cuma yang penting kalau kat rumah tu rajin-rajin la tolong keluarga yang penting tak menanbah lemak je kerja. Okay

Rasanya tu je zahir nak cakap nanti kalau cakap panjang-panjang korang menyampah pulak tapi yang penting ni pendapat dari zahir. Mungkin korang ada pendapat korang sendiri tentang topik yang zahir bincangkan. Kalau ada sebarang pertanyaan bole la komen ke apa okay.

 Sekian.

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k