AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 3]

10:14:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

KETUKAN yang bertalu itu segera dibuka pintu utama rumahnya, dia tersenyum manis apabila melihat suaminya sudah pulang ke rumah.  

    “Abang dah balik, sini beg tu..” Nailah Izyani mengambil beg kerja dari tangan suaminya. Dia menghadiahkan senyuman paling manis untuk suaminya. 

      “Wanginya sayang.. Mandi bunga ke..” usik Nazrul Al-Rahman. Hidung isterinya dicuit lembut. 

     “Apalah abang ni, Nailah nak wangi-wangi untuk abang.. Tak boleh ke..” Nailah Izyani memaut lengan suaminya, mereka berdua berjalan beriringan mendaki anak tangga. 

       “Boleh sayang, abang mandi dulu ya.. Lepas ni solat maghrib sesama..” ujarnya. Tuala yang tergantung dicapai lalu melangkah masuk ke bilik mandi. Membersihkan diri hampir lima belas minit. 

          “Abang, esok ana puasa tau.. Nak ganti puasa tahun lepas..” Nailah Izyani tersengihsengih. 

         “Ala, abang pun kena ‘puasa’ jugak esok pagi..” seloroh Nazrul Al-Rahman seraya memperkemaskan butang baju melayunya yang berwarna ungu muda.  

         Sempat dia mengerling ke arah isterinya yang hanya tertunduk malu. Sebaik saja dia sudah siap-siap dan isterinya juga memakai telekung. Mereka berdua menunaikan solat berjemaah, Nazrul Al-Rahman menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Dia mahu menikmati nikmatnya solat berjemaah dengan isterinya, tambah lagi pahala yang mereka dapat juga berganda. 

        Sebaik saja mereka memberi salam, dia dan Nailah Izyani mengalunkan zikrullah sebelum menadah tangan berdoa. Selesai bersolat, mereka meluangkan masa dengan membaca al-Quran.  

      “Sayang masak apa hari ni, abang laparlah..” adu Nazrul Al-Rahman. Dia mengusap perutnya. 

       “Ana masak nasi ayam, kesukaan abang kan.. Nanti abang makan banyak-banyak ya..” pesan Nailah Izyani seraya melipat telekungnya. 

      “Gemuklah abang nanti..” Nazrul Al-Rahman tergelak kecil.
  
       “Ana lagi suka abang gemuk.. Biar orang tak suka abang, tak akan ada orang yang nak rampas abang dari ana..” Nailah Izyani mencuit hidung suaminya yang tersayang. Dia lebih rela jika Nazrul Al-Rahman tidak disukai orang ramai. Terutama, wanita. 

     “Kira Nailah suka abanglah ni..”  

     “Suka.. Suka sangat, cinta sangat..”  

      “Alhamdulillah, tapi abang lapar sangat.. Nak makan sangat..”  

      Mereka berdua ketawa bersama, sungguh indah perasaan yang ALLAH SWT berikan dalam hati mereka ini. Masing-masing merasa beruntung kerana mendapat pasangan yang begitu baik. 

Dalam hati Nailah berkata: Aku beruntung mendapat suami yang pengasih sepertimu. 

Dalam hati Nazrul berkata: Sungguh aku lagi beruntung kerana dikurniakan isteri yang cerdik pintar.   
                                     ************************ 

AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 2]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k