AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 2]

8:38:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments


NAZRUL Al-Rahman hanya memerhati seorang wanita yang berada di hadapannya sekarang ini, berkerut dahinya. 

    “Boleh nampak muka saya ke..? Saya pakai purdah kan..” tegur Nailah Izyani dan disusuli dengan berdehem. 

     “Maafkan saya.. Hmm, nama awak apa..?” tanya Nazrul Al-Rahman. 

      “Nailah Izyani..”  

       “Sedap nama..” pujinya lalu menguntumkan senyuman. 

        “Wahai lelaki, kamu tahukah dengan hanya memuji nama wanita saja.. Sudah boleh memberi dia seribu harapan.. Kamu kejam..:” lancang Nailah Izyani berkata-kata.
 
       Terkedu sebentar Nazrul Al-Rahman, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.  

        “Minta maaf.. Hmm, beginilah.. Perbezaan umur kita ketara sangat, saya nak masuk empat puluh tahun dah.. Sedangkan awak baru lapan belas tahun.. Macam tak kena aje..” ujar Nazrul Al-Rahman, dia megusap dagunya yang licin itu. 

        “Nabi kita dan isterinya juga ada perbezaan umur yang ketara.. Khalifah kita, Uthman Bin Affan dan isterinya juga ada perbezaan umur yang ketara.. Apa yang mahu kamu katakan sebenarnya? Andai tiada sebesar zarah perasaan kasih untuk saya, tolak saja pinangan ini.. Jangan menyulitkan keadaan..” Nailah Izyani membetulkan posisi duduknya, dia sempat mengerling ke arah umi dan abinya. 

     Nazrul Al-Rahman terjeda sebentar mendengar butir bicara Nailah Izyani, hebat juga wanita ini.  
     “Kalau saya setuju mahu menikahi awak, bila boleh langsung..? Saya tak suka tunggu lama-lama..” Nazrul Al-Rahman menyerkap jarang. Dia mahu menguji wanita ini, kalau sungguh mahu nikah. Percepatkan sajalah. 

      “Dalam bulan ni, inshaa-ALLAH..” laju Nailah Izyani menjawab. 

      “Err.. Tak fikir dulu..?” Nazrul Al-Rahman agak sedikit terkejut. Dia fikir mungkin bulan depan atau lagi dua bulan. Tak sangka pula dalam bulan yang terdekat ini. 

     “Jika tidak ikhlas, kamu boleh tolak pinangan ini.. Saya tak kisah..” Nailah Izyani sudah menggalas beg tangannya. Tubir matanya sudah bergenang.  

      “Okay, saya terima..” putus Nazrul Al-Rahman. 

      “Jumpa lagi tiga minggu di masjid..”  

      Gelojohnya, anak siapalah ni? 

     Tiga minggu kemudian, Nazrul Al-Rahman dan Nailah Izyani bersatu dalam ijab dan kabul. Berseri-seri wajah Nailah Izyani ketika datang ke masjid dengan memakai busana pengantin berwarna putih, melambangkan kesucian. 

      Saat-saat yang ditunggu telah tiba, Nazrul Al-Rahman menyarungkan sebentuk cincin di jari manis seorang wanita yang kini sudahpun bergelar isterinya. Amanahnya sekarang ini. Ketika dia mahu mencium dahi isterinya, dia diberitahu. 

     “Yang itu tak boleh buat di sini, kalau boleh di rumah aje..” pesan Nailah Izyani. Dia tidak mahu adegan itu ditonton orang. Malu. 

       Nazrul Al-Rahman hanya akur. Dia tersenyum simpul memandang wajah isterinya yang hanya menampakkan mata. Secebis kasih dan cinta sudah mulai tumbuh dalam hatinya untuk Nailah Izyani. 
                                     ******************** 

KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [Part 1]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k