AKHWAT MISTERI : KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH [part 1]

9:20:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

Syukur dah dapat cerita baru dari penulis carpen AKHWAT MISTERI dan kali ni beliau membawakan carpen    KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH. Zahir dah baca carpen ni habis dan zahir boleh katakan carpen ni best. Dia ada main emosi sikit, zahir taknak bagitau banyak korang ikuti pulak carpen ni okay. kalau nak baca carpen dia yang lain bole pergi kat link yang disediakan.

NOVEL
JOM JADI NOVELIS

                                                       *******************************
                                                       KISAH NAILAH AL-FARAFISYAH  

                                                       *******************************

DERINGAN telefon di atas meja kerjanya membuatkan Nazrul Al-Rahman terganggu seketika, sempat dia mengerling ke arah nama si pemanggil, tertera nama isterinya yang tercinta, Nailah Izyani. 

    Pantas dia mengangkat panggilan tersebut. 

   “Assalammualaikum, sayang..” sapa Nazrul Al-Rahman dulu. 

   “Waalaikumussalam, abang.. Bila nak balik..? Dah nak maghrib ni..”  

     Nazrul Al-Rahman tersenyum simpul, suara isterinya dilenggok. Manja benar. 

    “Abang dekat pejabat lagi, ni nak balik dah..”  

    “Okay bang, balik tau.. Nak solat jemaah sama-sama..” 

    “Inshaa ALLAH, sayang.. Assalammualaikum..” 

    “Waalaikummussalam..”     

    Talian dimatikan, dia mengerling jam yang tergantung di dinding bilik kerjanya. Sudah hampir jam enam lima puluh. Fail-fail di atas meja dikemas dan disusun rapi, briefcase dicapai lalu Nazrul Al-Rahman mengangkat punggung. Dia menapak ke arah pintu biliknya lalu menghilangkan diri. 

    Di luar dia sempat menjeling sekilas pekerja bawahannya, Faiz. Lelaki muda itu kelihatannya sedang leka bermain telefon bimbit, dia menghampiri Faiz.  

    “Kerja yang saya suruh awak buat dah siap..?” tanya Nazrul Al-Rahman. 

     Tersentak Faiz dibuatnya, sepantas kilat dia mematikan telefon bimbitnya lalu menyimpan dalam poket seluarnya. Posisi duduknya dibetulkan. 

     “Awak dah siap ke belum..?” sekali lagi soalan yang sama ditanya. 

     “Err.. Nak siap dah..” terketar-ketar nada Faiz menjawabnya.
 
     “Faiz, saya ni tak mahu marah-marah awak.. Bila dah siap nanti, mainlah telefon tu.. Lusa saya nak dah.. Faham..” tegur Nazrul Al-Rahman. 

      “Okay..”  

    Faiz menghadiahkan senyuman tawar, dalam hatinya dia sedang menyumpah seranah. Baru jadi bos dua tahun dah berlagak macam pengarah syarikat. Ada hati nak nasihat aku, puih! 

     Nazrul Al-Rahman menggelengkan kepalanya, sudah berkali-kali dia menasihati pekerjanya yang seorang itu tetapi masih lagi melakukan hal yang sama. Kata-kata isterinya tadi bermain di benaknya, sudah lama dia dan Nailah Izyani tidak solat berjemaah bersama. Sejak dia dinaikkan pangkat menjadi ketua pemasaran di salah sebuah syarikat yang terletak di Ipoh ini, kerjanya menjadi lebih banyak.  

    Menyebabkan dia pulang lewat ke rumah, tidak sempat untuk meluangkan masa bersama isteri tercinta. Perkenalan singkat dia dan Nailah Izyani suatu ketika dulu membuatkan dia tergelak kecil.


                                   ********************** 

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k