AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 17]

9:34:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

Tiga tahun kemudian. 

“JANGAN lari laju-laju, jatuh nanti..”  

     Bibirnya menguntumkan senyuman apabila melihat khalifah kecilnya berlari-lari di laman rumahnya. Sayang sungguh dia pada khalifah lelakinya itu. 

      Bahunya disentuh, membuatkan dia tersentak sedikit.  

     “Abi, bila sampai..?” tanyanya yang agak terkejut itu. 

      “Baru aje ni.. Kamu layan anak kamu tu sampai abi datang rumah pun tak perasan..” Haji Mohammad melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah menantunya itu. 

       “Seronok pula tengok dia main, maaflah abi..” akui Fatthul Zikri. 

       “Dia dah besar, muka macam kamu.. Mata macam isteri kamu..” Haji Mohammad juga tersenyum riang melihat anak kecil yang sudah dia anggap seperti cucunya sendiri. 

        “Itulah, selalu renung mata dia.. Bolehlah lepas rindu..” akui Fatthul Zikri. 

      “Bila kamu nak jenguk isteri kamu..? Abi nak ikut sekali, boleh..” 
 
       “Rasanya petang sikitlah kot, apa pulak tak boleh.. Abi yang satukan kami dulu..” Fatthul Zikri mengangguk laju. 

        “Fattah, sini dekat abi.. Jumpa tok abi dekat sini..” Fatthul Zikri mengamit anaknya supaya datang menghampiri dia. 

        “Fattah nak jumpa mama tak..? Rindu mama tak sayang..?” tanya Fatthul Zikri seraya mengangkat Fattah Zakri duduk di ribaannya. 

          “Nak, rindu mama..” 

            Haji Mohammad yang melihatnya hanya tersenyum, dugaan yang terlalu berat untuk Fatthul Zikri. Namun, lelaki muda ini tabah menghadapinya. 
************************
AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 16]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k