AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 16]

7:15:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments

BATU nisan milik arwah Qalisya Az-Zahra ditatap lama, hari ini sudah genap setahun
kepergian isterinya. Terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama, biarpun usia pernikahan
mereka hanya empat bulan saja. Tapi cukuplah dengan kenangan yang serba ada, akan dia
kenang sampai bila-bila.

“Assalammualaikum Lisya, abang datang ni sayang.. Abang ziarah Lisya..” sapa Fatthul
Zikri, kalau boleh mahu saja dia setiap hari menziarah kubur isterinya ini. Tapi disebabkan dia
ada tugasan di madrasah, menyebabkan dia ada kenkangan.

“Abang rindu Lisya, sayang.. Abang harap Lisya pun rindukan abang..”

Rindu sungguh dia pada Qalisya Az-Zahra, tidak terlerai rindunya. Air mata yang menitis
dibiarkan laju menurun.

“Lisya ingat tak, kita dulu selalu main lari-lari dalam rumah.. Lisya sengaja curi tuala abang
supaya abang kejar Lisya.. Abang asyik kalah aje, abang tak pernah dapat Lisya..” ujarnya
seraya tersenyum. Kenangan yang tercipta akan sentiasa terpahat dalam memorinya.

“Lisya suka makan pedas-pedas, sedangkan abang tak.. Lisya pernah masak dulu, pedas
sangat.. Sampai abang sakit perut, Lisya tolong sapu minyak dekat perut abang..” Fatthul Zikri
tergelak kecil. Dia menangis semahu-mahunya.

“Abang teringat masa akad nikah kita dulu.. Lisya cantik sangat, pakai baju pengantin
warna putih.. Lambang kesucian cinta Lisya pada abang, kesucian cinta kita..”

“Abang sayangkan Lisya, abang cintakan sayang.. Sepenuh hati abang..” jujur Fatthul
Zikri seraya menyeka air matanya. Tiada siapa pun yang dapat menggantikan tempat Qalisya
Az-Zahra. Tiada sesiapa!

“Abang minta maaf kalau selama ni abang bukanlan suami yang terbaik.. Abang tak dapat
jaga Lisya dengan baik, abang tak dapat penuhi permintaan Lisya.. Abang minta maaf sayang..”
tersedu-sedu Fatthul Zikri berbicara.

Dia tertunduk memandang tanah, tangisannya semakin deras tapi cuba dikawal. Dia terlalu
rindukan Qalisya Az-Zahra, terlalu merindui arwah isterinya itu. Segala kenangan yang tercipta
mereka berdua, bermain di benaknya.

“Abang minta maaf kalau kehadiran Nurul Laily buatkan Lisya terasa hati.. Buatkan Lisya
cemburu.. Maafkan abang sayang..” dia yakin, hati isterinya pasti sakit tatkala mendengar
segala perbualan dia dan Nurul Laily ketika di luar bilik wad.

“Abang nak Lisya tahu, abang tak akan cari pengganti Lisya.. Abang tak boleh terima
sesiapa selain Lisya..”

“Tergamaknya Fatt buat Laily macam ni..”

Tersentak Fatthul Zikri, dia mengangkat kepalanya.

“Laily, buat apa dekat sini..?”

“Laily nak Fatt nikahi Laily.. Lagipula Qalisya dah lama meninggal..” ujar Nurul Laily
dengan berpeluk tubuh. Nada suaranya terketar-ketar.

“Setahun Laily cakap lama..? Fatt tak boleh terima Laily..” bengang pula Fatthul Zikri
mendengarnya. Dia bingkas bangkit menghampiri Nurul Laily.

“Fatt balik dulu..” sepantas kilat dia melangkah pergi. Ekor matanya dapat merasai
Nurul Laily membuntutinya.

“Fatt, sampai hati buat Laily macam ni.. Laily cintakan Fatt, Laily sanggup tunggu Fatt
tau..” Nurul Laily menitiskan air mata.

“Kalau setahun Fatt cakap tak lama, yang kita dah tiga empat tahun.. Macam mana pulak
tu..?” Nurul Laily memegang bahu lelaki yang dia cintai. Tapi ditepis kasar.

“Laily, Fatt dah ada Lisya.. Fatt tahu salah, Fatt kejam.. Cakaplah apa pun yang Laily
nak, Fatt dah tak macam dulu.. Fatt bukannya kaya, gaji Fatt jadi ustaz tu tak banyak mana
pun.. Tak boleh nak bagi apa yang Laily nak, tak boleh bahagiakan Laily.. Fatt tak, tak ada
perasaan dan pada Laily..” ujar Fatthul Zikri lalu menghempaskan keluhan. Sudah tidak tahu
apa yang boleh dia katakan pada Nurul Laily.

“Fatt, Laily terima Fatt dulu bukan sebab duit.. Bukan sebab kaya, tapi ikhlas Laily terima
Fatt.. Ikhlas cintakan Fatt, duit tak menjamin kebahagiaan kita.. Laily sanggup berhenti jadi
nurse kalau Fatt nak.. Laily sanggup berubah demi Fatt.. Terima Laily sayang..” rayu Nurul
Laily, dia melutut di hadapan Fatthul Zikri. Air matanya kian deras, dia sudah tidak peduli jika
ada yang melihatnya. Dia sanggup berkelakuan begini hanya kerana lelaki ini.

“Laily, jangan buat macam ni.. Fatt tak boleh..” belum sempat dia menghabiskan katakatanya,
dia mendengar suara bapa mentuanya.

“Nikahi dia, Qalisya sudahpun meninggal,,” arah Haji Mohammad, dia mendekati
menantunya.

“Abi..”

“Qalisya dah ceritakan pada abi dan dia suruh Fatthul menikah dengan Nurul Laily,
terimalah..” pujuk Haji Mohammad. Dia memandang sekilas wanita yang bernama Nurul Laily
itu.

“Nak, jangan merayu seperti ini.. Fatthul Zikri akan menikahi kamu..”

“Abi, tak mungkin Fatt buat macam tu.. Fatt cintakan Lisya.. Fatt tak sanggup menduakan
Lisya..” Fatthul Zikri menggelengkan kepalanya berualang kali.

“Ini permintaan arwah.. Kalau dulu kamu boleh cintakan Lisya, sama juga seperti kamu
boleh cintakan Laily..” Haji Mohammad menepuk lembut bahu menantunya itu.

“Terima Laily Fatt, Laily sanggup lakukan apa saja.. Laily akan ikut mana Fatt pergi,

duduk madrasah pun Laily sanggup..” bersungguh Nurul Laily meyakinkan lelaki itu, dia akan
menurut segala perintah Fatthul Zikri. Dia bingkas berdiri.

Fatthul Zikri termenung sendiri, dia tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang ini.
Dia cintakan Qalisya Az-Zahra tetapi kerana Qalisya Az-Zahra juga dia bertemu kembali
dengan Nurul Laily. Wanita ini masih menagih cintanya. Masih mengharapkan dia.

Lisya, abang tak boleh. Maafkan aku Laily.


****************************

AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 15]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k