Segmen Awak Orang Mana?

12:18:00 PTG Mohd Zahiruddin 7 Comments


**Klik banner untuk join**

Segmen Awak Orang Mana? Jujur zahir katakan zahir excited nak join segmen ni dari haritu dah tapi sebab kekangan masa zahir baru nak update hehe. Okay excited nak bagitau zahir orang mana hehe. Sebelum tu zahir nak bagi tau warna yang zahir nak hehe zahir nak simple je untuk memudah kan rrai hehe

nak warna BLACK AND WHITE **tema blog haha

I am Sarawakian
"Kamek orang sarawak"

Jadi Encik Kidal korang ni merupakan penduduk bumi kenyalang iaitu Sarawak. Jadi apa yang menarik pasal Sarawak ni ?

Banyak yang special dan best pasal Sarawak ni contoh nya budaya dan makanan dia. Zahir akan ceritakan okay sedikit tentang Negeri Sarawak. Pertama nya zahir nak ceritakan pasal budaya, Sarawak ni terkenal dengan banyak etnik-etnik. Jadi kalau korang pergi ke Sarawak korang akan tengok macam-macam  sambutan yang disambut malah pakaian pun berbeza. Penduduk kat Sarawak ni lain sikit, kat sini susah nak jumpa darah keturunan melayu tulen. Maksud zahir dekat Sarawak ni dia dalam satu family boleh ada macam-macam bangsa malah dalam family zahir sendiri pun ada Cina, Melayu dan Melanau. Zahir ni ada darah campuran Melayu dan Melanau **Ibu keturunan Melanau. Yang cina tu pulak moyang zahir so ada la sikit kan  campuran tu haha. Jadi setiap family ada sambutan masing-masing. Kalau korang ada roomate atau kawan dari Sarawak percayalah diorang tu banyak darah campuran.


Seterusnya pasal makanan, siapa tak suka makan? semua suka kan well kalau kat tempat lain ada keistimewaan dia kat Sarawak pun ada. Zahir tak boleh nak list kan semua makan yang sedap-sedap jadi zahir akan list kan beberapa makanan sarawak.

1. Laksa Sarawak

Ni antara makanan yang korang kena cuba makan kalau sampai kat sarawak dia ada macam-macam version kalau kat sarawak ye la di ubah mengikut citarasa.**kecuali yang alah seafood hehe **serious masa zahir tulis entry ni zahir tiba-tiba kelaparan**

2. Mee Kolok

Salah satu makanan yang kena cuba jugak kat sarawak hehe sedap tau dia guna mee yang saiz kecik. kalau korang nak cuba bole la cari resipi kat google tu. Dia macam kat gambar tu tapi ap yang membezakan mee kolok ni adalah cara makan dia. Ada orang yang suka makan macam biasa dan ada jugak yang jenis tuang sup dalam mee kolok **macam zahir** well mee ni memang sedap..

3. Ayam Pansuh

Yang ni jarang korang jumpa AYAM PANSUH dia macam lemang tapi yang ni dia masukkan ayam pulak dalam buluh tu. Rasa dia lain dari yang lain sebab ermm tak pandai nak terangkan macam mana korang try la sendiri hahah pergi sarawak cepattt!.

4. Midin Belacan

Belacan tu korang tau la kan. Midin  tu? haa kalau yang tak tau midin tu ialah sejenis sayur. Orang Sarawak panggil midin singkatan dari Lemiding. Dalam bahasa Melayu tak pasti haha 

5. Terubuk Masin


Ikan Terubuk Masin ni la yang selalu orang dari semenanjung dan Sabah bawak balik kan? hehe zahir pun suka makan ni. Lagi-lagi kalau campur dengan nasi kosong, dia macam ada rasa tersendiri.

6. Umai Sarawak

Umai tu apa benda huhu Kalau korang nak tahu umai tu sejenis makanan yang mulanya daging ikan mentah then diorang akan gaul bersama limau dan cuka klaau tak silap then makanan tu masak secara semula jadi. Zahir pun tak pasti korang cek google. Zahir ni jenis makan je. Masak taktau la pulak hahaha.

7. Tebaloi

Yang ni kebangaan zahir, tebaloi ni merupakan makanan tradisi kaum Melanau. Untuk detail nya zahir tak tau banyak sebab dulu selalu main beli ja hahaha.

8. Dabai

Yang ni rasanya kat tempat lain pun ada kot tapi zahir nak tunjuk jugak mungkin ada yang tak pernah tengok kan. Dabai ni rasa dia berlemak sikit tapi sedap woo. Cara masak pun mudah **adik zahir tahun 1 pun bole buat . Rendam je dalam air panas nanti dia masak hehe selalu nya orang mkan dengan garam or kicap dicampur nasi putih la. Kadang-kadang orang buat nasi goreng dabai.

9. Linut

Linut ni ada jugak orang panggil dia ambuyat. Makanan ni pun dari kaum Melanau dia berasal dari tepung sagu. Makannan ni dia sticky sikit tapi kalau campur dengan samballl perrgghhhh! menusuk kalbu. Tapi ada jugak yang makan selain dari sambal ikut cita rasa la. Selalu kena guna chopstick kalau guna sudu alamat nya lambat nak makan hahaha nak tau kenapa..korang cuba la .

10. Kuih Lapis Sarawak


Yang ni tak sah kalau tak bawak balik dari sarawak. Betul tak? dia memang antara makanan yang popular la. taknak cakap panjang koorang cari la.


11.Ice Cream Gula Apong

Ice Cream ni pun dah start popular dah sekarang. Kalau kat melaka ada gula melaka kat sarawak pun ada kitorang panggil gula apong. Ais Cream ni sedap sangat dan lain dari yang lain. Korang patut cuba haha 

Zahir tak nak tambah lagi makanan kat atas sebab zahir memang dah tahap yang maksimum lapa hahaha ini semua salah makanan di atas!. Apa-apa pun ni la Sarawak, mungkin zahir terbanyak tulis pulak ye la Negeri sendiri kan siapa yang tak bangga betul tak ?

Sekiann.


You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Allah, laksaaaaa, favourite Opieeee T____T sedapnyaaa

    BalasPadam
  2. Wah banyakknya cerita pasal makanan....cuma nk tanya le..Linut tu mcm nampak kanji ajer... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha dia guna tepung sagu klau x silap

      Padam
  3. bhawawaa....zahir org sarawak...ooohh...baru tauk...

    BalasPadam
  4. Hi qila singgah dari segmen sama hehe.
    woi encik kidal pe ni pe ni share makanan ish! terliur tahu tak. Haha.
    Ramai nyaaaa blogger sarawah huhuw
    Qila orang Gombak btw huhu.

    BalasPadam

Do Comment k