AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 9]

1:47:00 PG Mohd Zahiruddin 1 Comments


Fatthul Zikri mengenyitkan matanya kepada isterinya yang masih tidak menyerah kalah, kakinya melangkah perlahan-lahan lalu berlari anak mendapatkan isterinya yang hanya tersenyum riang. Qalisya Az-Zahra masih lagi sukar untuk dia tangkap, susah benar mahu mendapatkan isterinya. Sudah hampir setengah jam dia dan isterinya bermain lari-lari dalam rumah. Dia masih lagi tidak dapat menangkap isterinya yang mencuri tuala mandi darinya, nakal sungguh isterinya yang tersayang itu. 

     “Lisya, abang nak mandi ni..” rajuk Fatthul Zikri. 

     “Tak boleh, dapatkan dulu tuala abang.. Ada dekat Lisya ni..” Qalisya memintal-mintal tuala mandi suaminya itu, sengaja dia mahu bergurau senda bersama suami tercinta. 

     “Abang ambik tuala baru..” Fatthul Zikri sudah berkira-kira mahu melangkah masuk ke dalam biliknya tapi langkahnya terhenti setelah mendengar kata-kata isterinya. 

     “Nah, abang ambiklah.. Lisya nak gurau dengan abang aje, lepas ni Lisya tak buat lagi dah.. Minta maaf bang..” Qalisya Az-Zahra menghampiri suaminya, dia meletakkan tuala tersebut di atas bahu suaminya. 

     “Lisya, abang minta maaf sayang.. Abang tak sengaja, abang Cuma mengalah aje, susah sangat nak kejar Lisya..” sepantas kilat dia merangkul pinggang isterinya yang tersayang. Dia tidak mahu Qalisya Az-Zahra merajuk lagi. 

     “Tak apa, abang pergilah mandi.. Lisya buatkan abang minum petang ya..” Qalisya AzZahra mahu melepaskan rangkulan di pinggang itu tapi tangan suaminya yang kejap memeluknya, membuatkan dia mengalah. Agak menyenangkan juga. 

     “Abang tak akan lepaskan Lisya, abang minta maaf sayang..” pinta lagi Fatthul Zikri. 

     “Abang tak salah sayang, Lisya nak buatkan abang minum petang ni..”  

     “Lepas abang mandi, abang nak Lisya..” bisik Fatthul Zikri lalu melepaskan pinggang isterinya. 

     “Abang, Lisya tengah puasa kan..” tergagap-gagap Qalisya Az-Zahra memberitahu. 

     “Ya, abang tahu.. Kenapa..?” tanya Fatthul Zikri dalam kebingungan. 

     “Tak boleh layan abang..” akuinya. 

      Fatthul Zikri mendengarnya ketawa terbahak-bahak, dia sehingga terduduk di atas lantai kerana ketawa. Geli hati dia mendengar kata-kata isterinya. Lantai ditepuk-tepuk, belum pernah lagi dia ketawa sehingga letih begini. Nafanya tercungap-cungap dan begitu juga dengan perutnya yang agak sakit kerana ketawa terlalu banyak. 

      “Abang..” panggil Qalisya Az-Zahra sambil bercekak pinggang. 

      “Bukan yang itu abang maksudkan.. Abang..” terhenti kata-kata Fatthul Zikri kerana ketawa lagi. 

     “Abang tak suruh Lisya layan abang, abang nak Lisya urut abang aje.. Abang tak habis cakap lagi..” ujar Fatthul Zikri dengan ketawa yang masih lagi tersisa. Dia mengesat matanya yang agak berair itu. 

     Qalisya Az-Zahra termalu sendiri, dia hanya tertunduk memandang lantai. Rupanya dia sudah salah sangka, bukan itu yang suaminya maksudkan
.  
     Fatthul Zikri yang duduk bersila itu agak sedikit tersentak apabila mendengar tangisan isterinya. Dia pantas berdiri mendapatkan isterinya, dagu Qalisya Az-Zahra dipegang. 

     “Sayang, abang minta maaf.. Abang tak sengaja..” Fatthul Zikri menyeka air mata isterinya, dia dihimpit rasa bersalah. 

      Qalisya Az-Zahra yang menahan ketawa akhirnya, terburai juga ketawanya. Dia menyembamkan mukannya ke dada suaminya. Sengaja dia mahu mengusik Fatthul Zikri. Rasakan. 

     “Main-main pulak dia ni, batal jugak puasa Lisya nanti..” ugut Fatthul Zikri. 

****************

AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 8]

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. walaupun kak PC tak mengikuti dari awal...tapi kak PC suka baca part 9 ni adik.. :)

    BalasPadam

Do Comment k