AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAh [Part 8]

9:50:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments


     “Assalammualaikum..”  

     “Abang, tolong buka pintu kejap.. Lisya nak pakai tudung dulu..” pinta Qalisya Az-Zahra, dia lantas mengambil kain tudung lalu memakainya. 

     Sedang dia memakai stoking, dia terdengar perbualan ramah di luar. Kemudiannya dia mengangkat punggung lalu keluar dari bilik tidurnya.     

     “Lama tak jumpa kau Fatt, pergi manalah kau.. Rupanya dah jadi usaz dekat sini..” Ahmad Syafiq menepuk-nepuk bahu sepupunya itu, sudah lama dia tidak berjumpa dengan Fatthul Zikri. 

     “Aku ada aje dekat bumi ALLAH yang satu ini.. Ni isteri aku, Qalisya Az-Zahra..” Fatthul Zikri  memperkenalkan isterinya, bahu Qalisya Az-Zahra dipeluk. 

     “Hebat kau Fatt, dah ada isteri.. Laily kau nak campak mana..?” seloroh Ahmad Syafiq. 
     Serta-merta air muka Fatthul Zikri berubah, mengapalah Ahmad Syafiq menyebut nama Nurul Laily pula?  

     “Laily..?” tanya Qalisya Az-Zahra sambal berkerut dahi. Siapa Laily? 

     “Masuklah, tak akan nak duduk dekat luar aje kan..” pintas Fatthul Zikri, dia cepat-cepat menarik lengan Ahmad Syafiq supaya masuk ke dalam rumahnya, Qalisya Az-Zahra dia suruh buatkan minuman. Isterinya hanya menurut. 

     “Aku dah ada isteri, Fiq.. Tak usah diulang kisah lama..” tegur Fatthul Zikri sebaik saja bayang isterinya sudah menghilang. 

     “Aku usik aje.. Dia tak tahu apa-apa ke.,.” tanya Ahmad Syafiq sambil menjongketkan bahunya. 
     “Tak tahu dan tak usah tahu.. Aku dah ada kehidupan aku sendiri..” ujarnya dengan tenang. Dia tahu bahawa Ahmad Syafiq dan Nurul Laily pernah berkenalan, itupun kerana dia yang mempernkenalkan. 

     “Okay.. Aku tutup mulut..”  

     “Jemput minum..” pelawa Qalisya Az-Zahra setelah meletakkan dulang yang dalamnya ada tiga cawan air milo berserta sepiring kek lapis. 

     “Terima kasih Lisya..” ucap Fatthul Zikri, dia menarik isterinya supaya duduk di sebelahnya. 

      “Terima kasih juga ya, susah-susah pula buatkan air..” Ahmad Syafiq tersengih-sengih. 

      “Tak menyusahkan pun.. Kau tu macamlah aku tak tahu, memang nak air pun kan.. Datang rumah orang memang cari makanan..” usik Fatthul Zikri, sengaja dia meriahkan lagi keadaan.
 
       Qalisya Az-Zahra menekup mulutnya menahan ketawa, paha suaminya yang tercinta ditampar lembut. Dia cukup beruntung mempunyai seorang suami sebaik Fatthul Zikri, rajuknya hilang setelah suaminya memberikan dia setangkai bunga ros dan tangkai bunga itu dililitnya seutas tasbih. Ahh, romantis sungguh suaminya itu. Walau bagaimanapun, dia harus menerima kenyataan. Umurnya sudah tidak panjang. 

********************

AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAh [Part 8]
  

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k