AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 7]

10:08:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments



“Saya minta maaf abi, saya tahu saya tak patut marah dia.. Saya tak sengaja tadi..” pinta
Fatthul Zikri, sungguh dia tidak sengaja.

“Tak mengapa, kamu tak silap.. Orang perempuan kan memang sensitif sikit, sabar ajelah..”
Haji Mohammad menepuk-nepuk bahu menantunya itu, dia cukup faham dengan sikap Qalisya
Az-Zahra yang suka merajuk itu. Dia datang menyinggah ke rumah menantunya yang tidak
jauh dari rumahnya, untuk menjenguk mereka berdua. Tetapi nampaknya dai boleh bertemu
dengan Fatthul Zikri sajalah, anaknya masih lagi berkurung di dalam bilik.

“Saya bukan apa, saya tak suka dia cakap benda yang bukan-bukan.. Ajal maut, itu semua
dia tangan ALLAH..” akui Fatthul Zikri dengan nada yang lemah. Dia meraup mukanya
beberapa kali.

“Sabar.. Abi faham, tapi apa yang dia kata.. Ada benarnya juga.. Umurnya sudah tidak
panjang..”

“Abi..”

“Fatthul.. Lisya dah sakit leukimia tu tahap yang ketiga, dah teruk.. Tapi dia masih lagi
bertahan, Alhamdulillah.. Sebab tu abi nak kamu ada di sisi dia, abi nak kamu ikut aje apa yang
dia mahu.. Asalkan tidak melanggar syariat..” ujar Haji Mohammad, air mata yang tumpah
segera dia seka. Dia sebak, sebak mengenangkan anak tunggalnya akan meninggalkan dirinya.
“Abi.. Saya akan jaga dia semampu yang mungkin, saya akan penuhi permintaan dia.. Saya
tak akan sesekali abaikan dia.. Bukan sebab dia sakit, tapi sebab saya cintakan dia.. Lisya isteri
saya..” jawab Fatthul Zikri dengan lemah, dia akan sedaya upaya memberikan kebahagiaan
buat isterinya.

“Baguslah.. Abi nak berterima kasih sangat, kamu dah banyak tolong abi.. Dulu, Lisya
selalu sangat murung.. Tapi sejak dia bernikah dengan kamu, bahagia abi tengok dia.. Senyum
aje selalu.. Terima kasih Fatt..” ucap Haji Mohammad dengan penuh keikhlasan.
“Saya yang patut ucap terima kasih dengan abi, sebab abilah saya dapat jumpa dengan
wanita yang sebaik Qalisya Az-Zahra.. Sedangkan saya ni, hanya insan biasa.. Tak ada apaapa
pun..” Fatthul Zikri merendah diri.

“Fatt.. Jangan terlalu merendah diri, kamu dah cukup baik di mata abi.. Kamu anak murid,
menantu dan suami yang baik.. Lagipula, Lisya yang nak nikah dengan kamu, bukannya abi
yang saja-saja pinang kamu untuk dia..” terang Haji Mohammad seraya tersenyum.
Fatthul Zikri terdiam sendiri, Qalisya Az-Zahra yang mahu meminang dia? Tapi kenapa?
Istimewa sangatkah dia? Walhal mereka beru bertemu sekali saja.

**************

AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 6]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k