AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 6]

11:01:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments


SUDAH dua bulan dia dan Qalisya Az-Zahra bersatu dalam ikatan cinta yang sah. Dua bulan juga dia cuba mengenali isterinya ini, tidak dinafikan. Isterinya satu ciptaan ALLAH yang sungguh indah, berbadan berisi, berkulit sawo matang, tinggi separas dadanya, berambut panjang paras pinggang.  

      Penyantuan cintanya dengan Qalisya Az-Zahra akan dia ingat sampai bila-bila, memori yang terindah. Sesekali bibirnya menguntumkan senyuman, mengenangkan tingkah isterinya yang agak manja itu. Dia bersyukur mendapat seorang isteri yang begitu baik, isterinya bukanlah seorang yang suka merungut, baik bicaranya, lembut tingkahnya, baik agamanya dan mempunyai akhlak yang terpuji. 

      Dia sama sekali tidak menyangka akan bernikah pada usia yang muda, tidak pernah pula dia berangan-angan untuk menamatkan zaman bujangnya di usia dua puluh dua tahun, baginya terlalu muda tetapi apakan daya. Segalanya sudah ditentukan. 

     Baru dia tahu, orang yang memberi sapu tangannya sekitar dua tahun yang lalu adalah Qalisya Az-Zahra. Sungguh dia tidak menyangka, dia sebenarnya sudah pernah melihat isterinya dahulu, cumanya tidak tahu bahawa wanita itu adalah anak kepada pengasas Madrasah Al-Ikhlas. 

      Tatkala dia disuruh bernikah dengan Qalisya Az-Zahra, terkejut bukan kepalang. Dia lansung tidak memikirkan hal nikah pada waktu itu, orangnya juga dia tidak kenali dan tak pernah bersua muka. Atas pujukan ustaznya yang kini sudah menjadi bapa mertuanya, dia melakukan solat sunat istikharah, meminta petunjuk dari ALLAH SWT. Dan akhirnya dia mendapat jawapan, selang dua minggu selepas itu. Dia disatukan dengan Qalisya Az-Zahra dalam ijab dan kabul. 

      Pada awalnya dia mentah-mentah menolak pinangan itu tetapi bukanlah kerana penyakit yang dihidap Qalisya Az-Zahra. Cumanya dia tidak tahu sama ada layak atau tidak untuk menjadi suami kepada wanita itu, dia masih belum cukup ilmu dalam hal nikah ini. Tapi berkat bantuan isterinya sendiri, dia dapat menjadi seorang suami yang baik. Alhamdulillah. 

      “Abang..” panggil Qalisya Az-Zahra dengan lembut, dia tidak mahu mengejutkan suaminya. Lantas bahu Fatthul Zikri disentuh lembut. 

      “Ya, sayang..” jari jemari isterinya diraih lalu dikucup lembut. 

      “Abang dari madrasah ke tadi..?” 

      “Ya.. Abang dari sana, ada budak baru..” akui Fatthul Zikri, dia kini sudah menjadi guru mengaji di madrasah bapa mertuanya sebaik saja dia sudah bergelar Hafiz. 

       “Oh.. Ni mesti abang penat, Lisya urut abang ya..” sempat dia mencuit hidung suaminya yang tampan itu.Sungguh dia bersyukur mendapat seorang suami sebaik Fatthul Zikri, dia sudah lama menyimpan perasaan kepada lelaki ini. Sudah lama. 

        “Tak usah, malam ni aje urut.. Duduklah sini, abang nak berborak dengan isteri abang..” tegah Fatthul Zikri seraya menarik lembut tangan isterinya itu untuk duduk di atas ribanya. 

       “Abang.. Jom kita taddarus.. “ ajak Qalisya Az-Zahra, memang itulah kebiasaanya. 

       “Lisya, malam ni kita buat ya..”  

       “Abang.. Umur Lisya ni tak panjang dah, Lisya nak cari bekalan yang banyak untuk ke ‘sana’.. “ lemah nada tutur Qalisya Az-Zahra.
 
       “Lisya..! Abang kata berapa kali dah, jangan sebut pasal benda ni.. Ajal maut bukan kita yang tentukan.. “ marah Fatthul Zikri, sudah berulang kali dia menasihati isterinya tentang ini. Dia sudah tidak mahu mendengar lagi kata-kata itu dari mulut Qalisya Az-Zahra. 

        Qalisya Az-Zahra tersentak, pantas dia mengangkat punggung lalu melangkah pergi, air mata diseka kasar. Belum pernah lagi dia ditengking sebegini rupa, dia hanya memberitahu kebenarannya saja. Umurnya sudah tidak panjang, penyakitnya kian teruk merebak. Sudah beberapa kali dia dimasukkan ke hospital. 

        “Sayang.. Abang minta maaf, abang tak sengaja marah Lisya..” pinta Fatthul Zikri dengan agak sedikit cemas, belum pernah dia melihat isterinya menangis. Kali terakhir semasa akad nikah mereka dua bulan yang lalu. Itu air mata gembira bukanlah air mata yang ketakutan seperti ini. 

         “Tak apa, abang tak buat salah.. Lisya nak masuk bilik dulu..” Qalisya Az-Zahra meninggalkan suaminya. 

                                                         ********** 
AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 5]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k