AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 5]

10:10:00 PG Mohd Zahiruddin 2 Comments

Korang still ingat tak dengan Cerpen Ujian Dari Allah by Akhwat Misteri? Haaaaa kalau korrang nak tau ni la sambungan dia. Zahir secara peribadi suka karya dia. Kalau korang belum lagi baca cerita dia dari mula kena baca jomm sini

Kalau yang tak tau lagi tu boleh la melawat kesini Jom Jadi Novelis
___________________________________________________________________________________

Haji Mohammad bermundar mandir, fikirannya kusut sekarang ini. Hanya ALLAH SWT saja yang tahu betapa peningnya dia sekarang, permintaan puteri tunggalnya yang mahu bernikah adalah satu masalah besar. Dengan siapa anaknya mahu bernikah? Permudahkanlah segalanya, Ya ALLAH.. 

     “Abi.. Qalisya nak buat Sunnah baginda.. Qalisya nak merasa nikmat bernikah.. Tolong abi..” pinta Qalisya Az-Zahra dengan lembut. Sebelum dia menghadap Sang Ilahi, biarlah dia merasa Sunnah Rasulnya. 

     “Abi tak kisah kalau Lisya nak nikah, bahkan abi suka.. Tapi dengan siapa yang Lisyah nak nikah..? Abi tak mahu Lisya nikah denga orang yang duduk jauh-jauh.. Abi nak tengok Lisya setiap hari..” terang Haji Mohammad, sungguh itu yang dia risaukan. Dia tak mahu anak kesayangannya hilang dari pandangan mata. 

      “Abi.. Lisya boleh jaga diri.. Lisya kuat lagi abi.. “ Qalisya Az-Zahra tidak mahu kalah, dia tetap dengan pendiriannya. 

      “Lisya.. Lisya sakit nak, abi tak mahu Lisya nikah dengan orang yang tak faham Lisya.. “ 
 
      “Dia akan faham Lisya.. Dia orang yang baik.. Dia akan jaga Lisya dengan baik..”  

       “Siapa..? Abi kenal dia ke..? Dia duduk mana..? Belajar macam mana..?” bertalu soalan Haji Mohammad. Dia tidak mahu Qalisya Az-Zahra bersatu hati dengan sembarangan orang. 

      “Hanya satu nama aje, abi akan kenal dia...” tutur Qalisya Az-Zahra dengan nada terketarketar. 

       “Siapa..?”  

       “Fatthul Zikri...”  

                                                               ************  

“Assalammualaikum...” 

      “Waalaikummussalam…” balas Fatthul Zikri.Dia membuka pintu bilik asramanya. 

        “Fatt.. Sibuk ke..? Ustaz nak ajak kamu berbual..” tanya Haji Mohammad, dia tidak mahu menganggu anak muda ini. 

        “Alhamdulillah, tak ustaz.. Saya rehat aje ni..” jawab Fatthu Zikri seraya tersenyum.
  
        “Hmm, ustaz nak ajak kamu ke surau.. Boleh..?” 

        “Inshaa ALLAH.. Jom..” Fatthul Zikri melangkah keluar dari biliknya lalu pintu tersebut ditutup.
 
        Mereka berdua berjalan beriringan sehinggalah ke surau yang tidak jauh dari bilik asrama Fatthul Zikri, usai sampai di surau itu. Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi batu yang sudah tersedia di situ. Haji Mohammada merenung anak mata Fatthul Zakri, agak lama. Dia tertanya-tanya, mengapalah anaknya mahu bernikah dengan lelaki muda ini? Istimewakah? 
Atau mereka bercinta? Tak mungkin! Anaknya tidak akan melakukan hal-hal yang akan mendapat kemurkaan ALLAH SWT itu, anaknya sangat patuh dan taat. 

     “Seram pula rasanya bila ustaz tengok muka saya macam tu.. Ada apa-apa ke..?” Tanya Fatthul Zikri lalu tersengih-sengih. Dia melihat ke kiri dan kanan berkali-kali. Apa ni? 

      “Kalau ustaz tanya kamu, kamu kena jujur Fatt.. Ustaz tak suka orang yang menipu..” tegas Haji Mohammad. Dia berdehem beberapa kali sebelum memulakan persoalan di benaknya. 

       “Inshaa ALLAH..” 

        “Kamu dan anak ustaz kenal ke..?”  

        “Err.. Tak pula.. Kenapa ustaz..?” Fatthul Zikri menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, soalan membunuh ni! 

         “Kamu ada kekasih..?”  

         “Hah..?” Fatthul Zikri terjerit kecil, kenapalah tiba-tiba tanya soalan ni? Serta merta ingatannya disapa tentang Nurul Laily. Apalah keadaan dia sekarang ini? Masih setia mencintai aku? Atau sudah ada pengganti? 

        “Kalau kamu ada, cakap.. Ustaz tak marah pun, cuma nak tahu aje..” suara Haji Mohammad mula mengendur. 

        “Kenapa tiba-tiba ustaz tanya macam ni..? Ada apa-apa masalah ke..?” tanya Fatthul Zikri. 
        “Kamu tahu yang anak saya sakit..?”
  
        “Saya tak pernah tengok muka dia.. Jadi saya tak tahu menahu pasal dia.. Saya tak kenal dia..” bersungguh Fatthul Zikri berbicara. Dia tahu Haji Mohammad ini mempunya seorang anak tetapi tidak pernah dia melihat anak perempuan ustaznya itu.  

        “Anak saya sakit.. Leukimia.. Dah tiga tahun... Dia sama umur dengan kamu.. Saya tak pernah bagi dia keluar dari rumah, ustazah akan datang rumah ajar dia .. Selebihnya saya yang akan uruskan tentang dia..” ujar Haji Mohammad. Dia bercerita sedikit demi sedikit tentang puteri tunggalnya itu. Qalisya Az-Zahra. 

        “Oh.. Patutlah saya tak pernah tengok dia..” Fatthul Zikri mengangguk perlahan. Dia juga turut bersimpati dengan penyakit yang dihadapi anak ustaznya itu. Moga ALLAH menyembuhkannya. 
        “Anak saya tak pernah sebut mana-mana nama lelaki ajnabi.. Kecuali..” terhenti katakatanya, anak matanay merenung anak muridnya itu. 

         “Kamu..” 

        Buntang mata Fatthul Zikri mendengarnya, dia menundukkan kepala memandang lantai. Pelbagai perkara yang bermain di benak fikirannya. Kenapa dia menyebut nama aku? Siapa aku bagi dia? Aku ada melakukan kesalahan? Bertubi soalan yang bermain. 

        “Nikahi dia..”

                                                      ################

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. opi nak tahuu sambungan diaaa. bestnyaa cite diaa. buat opi tertanya tanya.

    perasaan ingin tahu membuak buak di dalam sudut hati opi. apakah kesudahan cerita tersebut.
    kahkahkah, feeling mcm tulis novel pulak. hahahaha����

    BalasPadam
  2. hahha best kan teruskan menanti **actually baru update hehe

    BalasPadam

Do Comment k