AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 15]

11:12:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments


NAFASNYA yang semakin lemah, terasa berada di awang-awangan. Dia tahu masanya sudah
tiba, wajah uminya terbayang-bayang di benaknya. Sesekali bibirnya tersenyum.

“Lisya nak ikut umi dah, Lisya nak jumpa ALLAH dah..”

Fatthul Zikri melihatnya hanya tersenyum tawar sambil menitiskan air mata, dia
memandang sekilas bapa mentuanya yang hanya tertunduk.

“Abang, maafkan Lisya.. Ampunkan dosa-dosa Lisya, Lisya minta maaf kalau tak dapat jadi
isteri yang baik selama empat bulan kita bernikah.. Lisya minta ampun, bang..” pinta Qalisya
Az-Zahra seraya tersenyum manis, dia mengusap pipi suaminya.

“Lisya, rehat sayang.. Abang tak suka dengar sayang cakap macam ni..” Fatthul Zikri
menyeka air matanya, dia tidak mahu tampak lemah di hadapan isterinya sekarang ini.
“Abi, Lisya minta ampun kalau Lisya tak boleh jadi anak yang baik.. Maafkan Lisya kalau
Lisya menderhaka dengan abi.. Lisya banyak susahkan abi dan abang Fatthul.. Maafkan
Lisya..” tuturnya lagi dengan nada yang lemah. Dia merasa terlalu lemah sekarang ini,
pandangannya samar-samar.

“Lisya, abi beruntung dapat anak macam Lisya.. Lisya anak yang baik, nak.. Lisya buah
hati abi yang tiada galang gantinya.. Lisya bidadari abi..” ucap Haji Mohammad dengan suara
yang serak, tidak sanggup rasanya melihat puteri kesayangannya yang sedang nazak ini.
Qalisya Az-Zahra akan mengikut jejak isterinya, menemui Sang Pencipta.

“Abang, ingat pesan Lisya semalam..? Lisya nak abang nikahi Laily, dia berhak bahagia..
Abang nak Lisya bahagiakan dia, tolong ya bang..” rayu Qalisya Az-Zahra.

“Lisya.. Tolong jangan cakap macam ni, abang hanya cinta dan sayangkan Lisya.. Abang
nak Lisya aje..” rintih Fatthul Zikri bersama lelehan air mata, dia sudah tidak peduli jika ada
yang melihatnya dalam keadaan begini. Kalau boleh, dia tidak mahu kehilangan Qalisya Az-
Zahra, dia terlalu sayangkan isterinya. Tapi itu tidak mungkin, isterinya sedang nazak sekarang
ini.

“Abang, Lisya minta satu aje.. Lisya dah nak pergi bang, Lisya nak abang ada pengganti
Lisya.. Lisya nak abang bahagia.. Tolong bang..” suara Qalisya Az-Zahra tenggelam timbul,
dia sudah merasa kakinya kebas-kebas.

“Lisya, mengucap sayang..”

Haji Mohammad membisikkan kalimah syahadah di telinga kanan anak perempuannya,
perlahan-lahan.

Fatthul Zikir hanya tertunduk, tidak sanggup rasanya untuk menatap wajah isterinya yang
sedang pucat itu. Pasti isterinya sedang kesakitan kerana nyawanya dicabut malaikat Izrail.

“Innalillahi wainnalillahi roojiun..”

*************************

AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 14]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k