AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 14]

4:57:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments

QALISYA Az-Zahra merenung anak mata suaminya, dia meminta penjelasan akan apa yang
dia dengar tadi. Benarkah dia perampas? Merampas hak orang lain?

“Sampai bila abang nak sorok benda ni dari Lisya..? Lisya nak tahu betul ke abang dengan
Laily tu pernah bercinta dulu..” tanya lagi Qalisya Az-Zahra seraya meraih jari jemari
suaminya.

“Benda dah lepas sayang, abang tak nak cakap dah..” Fatthul Zikri menepuk lembut paha
isterinya, dia hanya tersenyum kelat.

“Abang, kalau betullah Lisya ambil hak orang lain.. Lisya nak pulangkan balik.. Lisya tak
mahu berdosa..” bersungguh Qalisya Az-Zahra bertutur.

“Sayang, abang tak mahu cakap apa dah.. Lisya rehat ya, abang nak keluar dulu.. Lisya ada
nak beli apa-apa..?” tanya Fatthul Zikri seraya mengangkat punggung dari kerusi, sempat dia
mencium dahi isterinya.

“Abang, Lisya nak tahu..”

“Qalisya Az-Zahra.. Jangan bagi abang marah..” ugut Fatthul Zikri.

Qalisya Az-Zahra bungkam, dia hanya melihat suaminya yang sudah ke muka pintu.

“Nikahi dia bang..” arahnya dengan nada yang terketar-ketar.

Serta-merta langkahnya mati, dia menoleh ke belakang.

“Apa yang Lisya mengarut ni..? Abang Cuma cintakan Lisya, abang bahagia dengan
Lisya.. Jangan bagi abang cakap banyak boleh tak..” mukanya diraup, apa yang dikatakan
isterinya sangatlah merepek.

“Selagi abang tak mahu kahwini dia, selagi itulah abang akan dengar Lisya mengarut ni..”
Qalisya Az-Zahra mengeluarkan cincin dari jari manisya. Dia turun dari katil lalu menghampiri
suaminya.

“Nikahi dia bang, dia menderita sebab abang.. Abang kena bertanggungjawab, abang kena
bahagiakan dia.. Lagipula umur Lisya dah tak panjang..” Qalisya Az-Zahra meletakkan
sebentuk cincin di atas telapak tangan suaminya.
“Lisya..”

“Lisya perempuan bang, Lisya dengar tadi abang berbual dengan dia pun, Lisya dah
cemburu.. Inikan pulak dah bertahun dia cintakan abang, dia sayangkan abang.. Abang
perlukan pengganti Lisya.. Nikahi dia, ya..” ujar Qalisya Az-Zahra seraya menguntumkan
senyuman di bibirnya. Dia mendengar segala bait-bait kata yang terpancul keluar dari bibir
wanita yang dipanggil Laily itu, pasti wanita itu sedang menangis terseksa.

“Abang nak keluar dulu, Lisya rehatlah..” pantas Fatthul Zikri membuka pintu bilik wad
itu lalu menghilangkan diri.

************************

AKHWAT MISTERI : Ujian Dari ALLAH [Part 13]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k