AKHWAT MISTERI: Ujian Dari ALLAH [Part 12]

7:51:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments

NURUL Laily menekup mulutnya, air mata yang menitis dibiarkan deras mengalir. Tidak dia
menyangka ternyata Fatthul Zikri sudah membuang dia dari hidupnya. Pantas saja dia tidak
menjawab pertanyaannya, ternyata dia sudahpun bernikah. Lagi menyakitkan hatinya, wanita
itu adalah pesakit yang perlu dia rawat.

Hatinya sekarang ini bagaikan disiat-siat sekarang ini, dia sudah kehilangan orang yang dia
cinta. Tidak pernah dia mencari pengganti Fatthul Zikri, dia amatlah mencintai lelaki itu.
Sanggup Fatthul Zikri berkahwin dan meninggalkan dirinya. Walhal mereka sudah berjanji
akan bernikah dan hidup bahagia bersama pada suatu hari nanti.

Air mata diseka, dia tidak mahu ada sesiapa yang melihatnya dalam keadaan begitu.
Perbualan Fatthul Zikri dan isterinya menyakitkan hati. Menoreh luka di hati. Tidak kuat
rasanya dia lama-lama di situ, pantas kakinya melangkah pergi meninggalkan bilik wad itu.
Dia menuju ke pantri lalu gelas kaca dicapai, dia mengisi gelas kosong itu dengan air.
Apabila air tersebut membasahi tekaknya, dia terasa lega. Bibir gelas dia main-main dengan
hujung jarinya, hatinya masih lagi sakit. Semudah itu Fatthul Zikri menikahi wanita itu,
semudah itu Fatthul Zikri menerima lamaran wanita itu.

“Laily, bilik dua kosong satu kecemasan..”

Pantas Nurul Laily mengangkat punggung, dia melupakan segala kesedihan yang tadi
menyapa tangkai hatinya. Dia mengambil laporan pesakit dan sempat dia menjeling sekilas
nama pesakit tersebut. Qalisya Az-Zahra? Isteri Fatthul Zikri, bagaimanakah keadaan isterinya
itu.

Dia hanya membuntuti langkah doktor Suzana yang akhirnya telah memasuki ruang biilik
wad yang didiami isteri Fatthul Zikri, isteri lelaki yang sangat dia cinta. Dia menjeling sekilas
Fatthul Zikri yang sedang dalam keadaan cemas itu.

Fatthul Zikri berdoa tidak henti-henti, dia mahu isterinya selamat. Baru tadi dia dan Qalisya
Az-Zahra bergurau senda tapi selepas beberapa minit. Isterinya seperti sesak nafas, sepantas
kilat dia menekan punat berwarna merah. Dia meninjau-ninjau keadaan isterinya yang sedang
diperiksa itu, kehadiran Nurul Laily langsung dia tidak hiraukan. Yang penting sekarang ini,
Qalisya Az-Zahra selamat.

Hampir sepuluh minit dia berdiri kaku, doktor Suzana menghampirinya.

“Alhamdulillah, keadaan isteri encik Fatthul dah stabil. Dia mungkin tersedak dan kalau
jadi begini lagi.. Mungkin di rumah, cepat-cepat bagi dia minum air ya.. Air masak..” ujar
Suzana sambil tersenyum.

“Terima kasih doktor.. Alhamdulillah, isteri saya dah baik..” ucap Fatthul Zikri disusuli
dengan kalimah syukur.

“Saya keluar dulu..”

Fatthul Zikri hanya tersenyum.

“Cantik isteri encik Fatthul..” puji Nurul Laily seraya tersenyum tawar. Matanya sudah
bergenang.

Fatthul Zikri tercengang. Oh, ya.. Ini bermakna, Nurul Laily sudah mengetahui akan
statusnya. Maafkan aku, Laily.

“Semudah itu Fatt tinggalkan Laily..? Semudah itukah..?” rintih Nurul Laily, air matanya
sudah menitis.

“Laily, kita cakap di luar ya..”

*******************
AKHWAT MISTERI: Ujian Dari ALLAH [Part 11]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k