AKHWAT MISTERI: Ujian Dari Allah [Part 10]

6:50:00 PTG Mohd Zahiruddin 0 Comments

Haji Mohammad meraup mukanya beberapa kali, air mata yang mengalir dia seka. Mulutnya
tidak henti-henti mengalunkan zikrullah, tidak sangka pula anaknya dimasukkan ke hospital
setelah sekian lama Qalisya Az-Zahra tidak menjenguk bangunan itu. Menantunya pula entah
kemana, mungkin menenangkan diri. Hari ini, sudah masuk hari yang ketiga Qalisya Az-Zahra
terlantar di hospital. Penyakitnya sudah semakin parah, kata doktor yang merawat, umur
anaknya sudah tidak panjang. Lagipula, Qalisya Az-Zahra memang tidak mahu melakukan
sebarang rawatan dan hanya bergantung kepada ubat semata-mata. Yang mampu dia lakukan
hanyalah berdoa, jika sudah tertulis ajal anaknya. Dia sangat berharap agar Qalisya Az-Zahra
bertemu dengan Penciptanya dengan tenang dan bibirnya sempat mengucap dua kalimah
syahadah.
“Abi.. Lisya dah sedar..”

“Alhamdulillah..” ucap Haji Mohammad dengan gembiranya, dia memeluk menantunya.
“Kita sama-sama pergi tengok ya, abi..” Fatthul Zikri juga mengucap syukur yang entah
sudah kali yang ke berapa.

Haji Mohammad melangkah melepasi menantunya itu, dia mahu bertemu dengan anaknya.
Rindu sungguh dia kepada Qalisya Az-Zahra.

“Fatthul..”

Langkah Fatthul Zikri mati apabila dia mendengar namanya dipanggil, dia menoleh ke
belakang. Terkejut dia melihat wanita yang memanggilnya, dia menelan liur. Dia merasa
berdebar-debar.

“Fatt masih ingat Laily..?” tanya Nurul Laily seraya tersenyum tawar, tampan sungguh
lelaki ini.

“Laily..”

“Buat apa dekat sini..?” tanyanya dalam kehairanan.

“Laily jadi jururawat dekat sini.. Kan memang Laily bercita-cita nak jadi nurse..” ujarnya.
Tak akanlah Fatthul Zikri boleh lupakan tentang dirinya.,

“Ya.. Hmm, saya pergi dulu..” Fatthul Zikri sudah berkira mahu melangkah tapi tiba-tiba
tangannya diraih Nurul Laily dan sepantas kilat dia menolak tubuh wanita itu. Astagfirullah.
“Laily, saya minta maaf.. Saya tak sengaja lagipula kita bukan mahram, tak boleh
bersentuh..” ujarnya dengan suara yang terketar-ketar. Walaupun dia merasa bersalah tapi soal
hokum hakam dia tidak boleh berkompromi.

“Fatt dah berubah, dah tak macam dulu..” Nurul Laily menyeka air matanya yang meleleh,
dia terlalu rindukan lelaki ini. Terlalu!

“Semua manusia akan berubah Laily, begitu juga dengan saya.,.” Fatthul Zikri

menghempaskan keluhan. Dulu dia dan Nurul Laily sering bermesra, tapi itu dulu. Kini dia
sudah tahu mana haram, mana yang halal. Tiba-tiba dia teringatkan Qalisya Az-Zahra yang
sudah sedar dari komanya.

“Tapi rasa cinta dan sayang Laily tak berubah walaupun sekelumit.. Fatt masih cintakan
Laily kan..?” soal Nurul Laily, hatinya masih tetap utuh untuk Fatthul Zikri dan sikitpun tidak
akan berubah.

Fatthul Zikri bungkam, dia hanya tertunduk memandang lantai. Bibirnya kelu untuk
berkata-kata, mana mungkin dia mengaku bahawa dia sudahpun mencintai wanita lain dan
wanita itu adalah isterinya sendiri. Tapi andai dia tidak mengaku, pastinya dia seolah-olah
memberi harapan pada Nurul Laily. Sedangkan itu yang dia tidak mahu, perasaannya pada
Nurul Laily sudah beralih arah kepada Qalisya Az-Zahra.

Dia dan Nurul Laily sudah ‘berkawan’ sejak di bangku sekolah lagi, dia mulai jatuh cinta
pada wanita itu sejak pandang pertama. Ketika itu Nurul Laily merupakan pelajar baru di
sekolahnya. Selalu dia memerhati tingkah wanita itu dan akhirnya dia memberanikan diri untu
meluahkan isi hatinya. Hampir tiga bulan dia menunggu jawapan, tidak sia-sia dia menunggu
kerana akhirnya Nurul Laily menerimanya.

Mereka menjalin hubungan yang sangat erat, rasa sayang dan cintanya terhadap Nurul Laily
semakin bertambah dan tak pernah luak. Dia bahagia bersama Nurul Laily sehinggakan dia
pernah bercita-cita mahu menjadi doktor kerana wanita itu mahu menjadi seorang jururawat.
Tapi lain yang berlaku apabila dia disuruh masuk ke madrasah. Cita-citanya terkubur begitu
saja, namun dia bersyukur kerana dapat belajar agama dengan lebih mendalam. Sungguh ianya
tidak sia-sia.

“Fatt.. Laily tanya kan..” tegur Nurul Laily, suaranya dikuatkan sedikit.

“Ya..?” terkebil-kebil mata Fatthul Zikri seraya mengangkat muka. Dia membetulkan
songkok di kepala.

“Fatt masih cintakan Laily..?”

“Saya pergi dulu ya, ada urusan sebenarnya..” Fatthul Zikri membuka langkah
meninggalkan Nurul Laily. Dia mahu menjenguk isterinya yang tercinta.

**************
AKHWAT MISTERI: Ujian Dari Allah [Part 9]

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k