Tips Tidur Awal

9:40:00 PG Mohd Zahiruddin 1 Comments


kalau baca sekali lagi serious seram sebab zahir ni dah la jenis yang tidur lewat entah-entah korang pun sama kan. kalau baca keratan akhbar tu balik memang kesan dia tak la baik sangat tapi jangan risau belum terlambat untuk kita semua berubah dan tukar gaya tidur kita kan.

tapi sebelum kita nak tau cara tidur yang cukup apa kata kita kenali punca-punca dia dulu,

Sebab kurang tidur 

1. Stress
mungkin korang ni jenis yang banyak fikir ataupun berangan sebelum tidur. Contoh nya mungkin korang stress dengan masalah kerja korang di pejabat atau ada berkaitan dengan masalah peribadi tapi korang jangan sesekali fikir benda ni sebelum tidur kerana benda ni akan merungsingkan korang sekaligus buat mata korang segar dan tak mengantuk.

2. Perubahan masa tidur
Ini sering kali berlaku kepada golongan yang bekerja dan juga pelajar. Kenapa pekerja pulak? mungkin ada diantara korang yang bekerja ikut shift ada yang shif malam lepastu ada yang shif siang jadi ini menyebabkan pola tidur korang yang tidak tetap menyebabkan korang rasa tak mengantuk pun sebab otak kita ingat korang tak tidur waktu malam. Contoh yang lain pula pelajar yang rajin belajar sampai lewat malam seperti zahir *berangan* kadang-kadang belajar tak tentu masa atau pun tengok movie sampai larut malam jadi otak sekali lagi keliru sama ada zahir ni nak tidur ke tak sebab tu la kita mengalami kurang tidur ataupun masa tidur yang tidak berkualiti.

3. Kopi lewat malam
Ni lagi la lagi-lagi kalau yang minat kopi macam zahir ni **dia lagi**kalau korang tak pandai nak kawal memang korang susah nak tidur. Zahir pun kadang-kadang ada la jugak minum kopi tengah malam tapi jangan la setiap hari okay. Korang pun tau kopi ni buat rasa mengantuk hilang seketika jadi jangan ambik banyak sangat kopi ni okay. Kalau untuk pagi-pagi bole la hehe

Itu antara punca-punca kurang tidur yang seringkali berlaku. korang mungkin tak perasan pun benda tu terjadi atas korang. Jadi kalau korang rasa ada mengalami gejala-gejala kurang tidur ni korang kena ikut tips ni.

Tips Tidur 

1. Simpan semua gadget
Tipu la kalau korang tak ada gadget yang canggih. Tapi sedar atau tidak ia melekakan kita untuk tidur contoh la kalau feeling2 nak tidur then jumpa artikel yang menarik tuk dibaca ataupun korang jumpa gambar-gambar yang menarik minat dekat instagram sudah tentu korang akan layan je gadget korang. Kalau yang bole tertidur tu okay la tapi kalau korang tengok gadget tapi makin segar baik korang amalkan tutup semua gadget yang ada supaya korang tak terleka okay.

2. Bersenam
Sebelum korang pergi tidur tu baik korang keluarkan peluh sebelum tidur tapi pastikan korang mandi tau sebelum tidur. sebab apa kita kena bersenam? kalau korang penat korang buat apa? Tidur la apa lagi sebab tu la kalau nak tidur awal, petang-petang korang bersenam la kat luar. Takpun korang kemas rumah ke apa asal kan kerja tu boleh memenat kan korang okay.

3. Jadikan Rutin
Jadikan tidur awal sebagai rutin korang bole tetapkan masa pukul berapa korang kena tidur dan korang kena patuh dengan masa tidur korang . Kalau korang main-main alamatnya takkan berjaya la misi tidur awal korang. Korang kena disiplin kan diri sendiri supaya korang mendapat tidur yang cukup okay.

Okay cukup la tips tu zahir tau banyak lagi cara-cara yang boleh kita buat tapi Zahir rasa tak perlu banyak sangat cara asalkan kita rajin untuk berubah dan nekad tidak akan tidur lewat. Okay setakat tu je kongsian zahir untuk kali ni. Zahir kena tidur hehe

Sekian salam Tidur..

You Might Also Like

1 ulasan:

Do Comment k