Tips Menulis Blog

2:27:00 PG Mohd Zahiruddin 1 Comments

"Jika kau bukan anak Raja,  juga bukan anak Ulama' Besar, maka MENULISLAH" (Imam Al-Ghazali)

pernah tak korang terfikir nak jadi penulis? or korang pernah terfikir nak jadi blogger? mungkin ada diantara yang membaca ni yang ada terfikir benda-benda macam ni. Kalau yang blogger tu tak payah la nak terhegeh-hegeh baca entry ni tapi kalau nak baca silakan hehe. Zahir ni bukan la penulis yang baik tapi zahir pun tengah cuba untuk perbaiki cara penulisan agar lebih fleksibel untuk bacaan semua pembaca konon nya la kalau ada pembaca hehe.

Idola untuk zahir menulis ni banyak tau tapi ada la beberapa orang yang korang mungkin kenal antaranya Bang Jatt  dan Lyssa Faizureen. Penulisan diorang boleh buat kita tertarik kita nak baca lagi dan lagi. Tapi takpe zahir akan tetap bagi tips supaya kita sama-sama berusaha untuk menjadi penulis yang baik. Okay

             1Jangan Merapu sampai lari dari tajuk atau tema entry

Yang ni zahir ada masa buat ye la kan mungkin ada entry yang isi nya Cuma ciput tapi korang gagah kan jugak nak menulis kira nak buat lawak la tapi sebenar nya korang cuba dapat buat lawak yang hambar je or syok sendiri padahal pembaca tak pun nak gelak kea pa betul tak? Yang penting kita mesti focus pada topic kita supaya tak lari dari tujuan asal kita. Korang kena ingat “Menulis bukan sahaja untuk tatapan kita tapi untuk semua yang diluar sana”.Tapi kalau boleh merapu la sikit kalau untuk topic yang bosan tapi jangan over pulak.

      2.       Terlalu excited dengan topic yang di rancang

Ni semua orang pernah lalui tak kira la penulis lama or baru. Mungkin korang tiba2-tiba dapat semangat nak menulis something lagi-lagi masa idea tengah mencurah-curah korang terus menulis tanpa sedar korang dah terlalu banyak terpesong dengan topic yang korang nak bincang kan. Sama seperti kes merapu tapi yang ni dia terlalu banyak pulak isi. Nanti pembaca menyampah pulak tak pasal-pasal kena kaki kan

 3.     Fleksibel

Zahir ambik contoh penulis blog. Mungkin ada yang berumur 25 keatas atau mungkin ada yang berumur 16 ke bawah serta tak lupa umur lingkungan 17-24. Mereka ini merupakan golongan yang tahap pemikiran yang berbeza sangat dan cara untuk mendekati golongan-golongan ini adalah berbeza betul kan?. Ada penulis yang gayanya sangat matang da nada penulis yang sangat ke anak-anakkan jadi kita sebagai penulis kena tahu yang kita ada cara untuk menarik perhatian mereka iaitu melalui tips 1 dan 2 dia kena seimbang. Ada masa kita serious dan ada masa kita tambah sikit gurauan tersebut supaya  kedua-dua pihak tidak ada masalah untuk membaca.

     4.    Soalan dan pendapat

Dalam entry yang elok kita kena Tanya pembaca apa persoalan  yang boleh buat orang tertarik dengan entry anda. Dan jawapan yang anda berikan haruslah memuaskan dari kedua-dua belah pihak agar tidak berlaku percanggahan idea serta jika tidak ada percanggahan pastikan anda tanya diri anda kalau anda sendiri yang jadi tukang baca entry  tersebut.

      5.  Sentiasa baca blog yang banyak pembaca or popular

Yang ni korang kena selalu buat iaitu baca macam mana penulis blog-blog yang hebat dapat menulis entry yang bagus dan tidak bosan betul tak? Zahir selalu gak baca-baca blog orang lain tapi zahir lebih suka kalau entry tu pasal fakta contoh macam fakta-fakta yang menarik. Disitu kita dapat lihat dan nilai bagaimana cara penulisan diorang.

Zahir rasa tu jelah yang zahir nak kongsikan In Shaa Allah kalau anda rasa tips ni membantu korang boleh ikut kalau rasa tak elok korang boleh abaikan haha tak la perbetulkan zahir sokay

Sekiann..

You Might Also Like

1 ulasan:

Do Comment k