Kisah Popcorn

7:38:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

Apa yang zahir nak ceritakan sebenar nya kisah lawak la tentang zahir dan popcorn tapi mungkin akan jadi lawak hambar kot lepas ni tapi tak kisah nak cerita jugak sebab nak bagi pengajaran untuk korang haha

Ceritanya macam ni, hari jumaat masa kat mall haritu tetiba je rasa nak buat popcorn sendiri bila sampai kat rumah nanti. So bagi tau la kat mak supaya beli bertih nanti kat rumah zahir nak buat sendiri. Punya la excited nak buat popcorn hari sabtu tu tapi sedih tertangguh sebab ada jamuan birthday adik bongsu keesokkan harinya.

So malam tu **semalam la kan** zahir buat la popcorn tu, zahir ambik periuk letak minyak then panaskan pastu letak popcorn macam biasa **ikot resipi encik google**. Masa bertih tu mula bising kat dalam periuk tadi zahir pelik la penutup periuk tu naik sendiri makin lama makin naik.
Zahir pun apa lagi panik la sebab dah agak dah yang popcorn tu akan jadi banyak dan mungkin akan terkeluar dari periuk tu **rugi la kalau macam tu kannn** zahir apa lagi ambik kain bersih zahir pegang pemegang periuk sambil tahan penutup tu. By the way, masa tu zahir sorang je kat dapur so korang bayangkan lah seorang remaja yang tak pandai masak tengah panik dengan popcorn yang semakin naik dan naik. Masa zahir pegang penutup tu zahir dah blur tak tau nak buat apa , family kat ruang tamu masa tu tapi masalah nya zahir tak boleh nak lepaskan penutup tu sebab kalau lepaskan penutup popcorn tu akan terkeluar.

Tak nak jerit?? bukan setakat jerit dah masa kat dapur tu diorang tak dengar sebab pintu dapur ditutup tambahan masa tu Kedah Vs Selangor kat tv tu dan bunyi tv tu sampai dapur pun bole dengar huhu. Zahir pun pegang periuk tu sampai tak de bunyi **means dh siap la** zahir tutup api dapur dan zahir lepaskan perlahan-lahan periuk tu then sempat ambik gambar. bukti! haha


Lega bila dh selamat tapi masalah kedua pulak timbul..nak letak kat mana?? hahaha ada jugak la 5 minit duk pikir kan pastu adik datang so apa lagi mintak tolong la. Masa tu payah nak tuang kan bertih tu dah macam kerja kilang dah kononnya la. Sorang pegang periuk then sorang bukak penutup periuk. then Tadaaaaaa..




Siap ponnn.. zahir tak nak letak caremel sebab sakit malas kan so letak garam sikit je bagi perasa kan. Dah siap zahir letak dalam bekas lepastu bedal laaaa apa lagi hehe. Jadi pengajaran untuk kisah ni adalah guna kan periuk yang sesuai kalau tak haaa lu pikir la sendiri hahahaha tu jee okay
sekian..

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k