Keputusan PT3 Kurang Memuaskan

8:57:00 PTG Mohd Zahiruddin 5 Comments


Keputusan PT3 Kurang Memuaskan. Masa zahir tengah scroll wechat banyak la status pasal PT3 dah keluar, ada yang gembira dengan keputusan diorang dan tak kurang ada yang sedih dengan hasil yang diorang dapat. Mungkin bagi orang lain diorang hanya melihat PT3 ni sebagai satu perkara yang mudah tapi bagi sesetengah pelajar mereka mengambil serius tentang perkara ini dimana mereka mengharapkan kejayaan yang cemerlang. Ada diantara mereka yang dah bersusah payah belajar sampai lewat malam semata-mata nak dapat keputusan yang bagus tapi masih jugak ada keputusan yang kurang memuaskan. Sabar dik "Mungkin rezeki adik Allah tangguh kan untuk kejayaan yang lebih besar untuk masa nanti "

Untuk yang berjaya tu teruskan kejayaan anda dan jangan lupa ucap Syukur pada Allah. Ingat korang masih ada lagi cabaran yang lagi besar untuk korang semua yang akan datang dan zahir berdoa agar semua mendapat keputusan yang cemerlang.In Shaa Allah

Sebenarnya, zahir tulis entry ni khas untuk adik-adik yang dapat keputusan yang kurang memuaskan untuk PT3 sebab mungkin diorang akan rasa rendah diri atau malu dengan keputusan diorang. Ingat adik-adik sekalian keputusan tak menunjukkan tahap pemikiran korang. Mungkin ada hikmah disebalik kekalahan ini, kita mesti tawakal dan redha dengan ketentuanNya. korang kena ingat ada satu lagi cabaran di zaman sekolah yang korang kena hadapi iaitu SPM kan. Masa tu la korang nak tebus balik kesilapan korang. Korang kena gigih dan jangan cepat putus asa. 

Kalau korang rasa putus asa dah korang kena fikir balik tujuan korang pergi sekolah. Selain untuk membalas jasa Ibu Ayah kita kena fikir tentang ILMU, mana nak dapat ilmu kalau tak sekolah kan?. Exam tu cuma sebagai kayu ukur sejauh mana Ilmu korang, jadi korang kena yakin yang Allah akan tolong korang kalau korang nekad nak berjaya. In Shaa Allah tak jadi masalah kalau korang usaha banyak-banyak pasti kejayaan akan ikut. Sebelum zahir berhenti zahir nak ingatkan jugak yang jangan lupa juga untuk buat ibadat  dan tunai kan tanggungjawab kita pada Allah jangan lupa okay.

sekian..

You Might Also Like

5 ulasan:

  1. blog anda tersenarai dalam bloglist Etuza ya...

    BalasPadam
  2. betul! setuju sangat...exam adalah kayu ukuran..selain tu tiket untuk kejayaan masa depan...

    BalasPadam
  3. nice advice :) dulu ina pun lambat jugak nak move on masa dapat result pt3 .. tapi bila fikir2 balik, tak de benefit pun kan.. yg penting next year, ina dah spm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Allah tangguhkan rezeki tu untuk kejayaan hari lain

      Padam

Do Comment k