KDO2015 Tamat

9:03:00 PG Mohd Zahiruddin 6 Comments


Mesti korang mesti masih ingat entry tentang Kenyalang Debate Open 2015 (KDO2015) kan? 
tak ingt? korang buat-buat ingat je okay. Alhamdulillah tamat sudah Kenyalang
Debate Open 2015 pada 16 November lepas. Untuk KDO2015 ada 3 jenis pertandingan yang dipertandingkan Pertama Kenyalang Muda, kedua Kenyalang Debate Open dan yang terakhir Pidato Iban. Semua pertandingan ini berlangsung di Uitm Kampus Samarahan 2.

Untuk Kenyalang Muda ada 4 pasukan yang bertanding iaitu Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, SMK(A) Tun Ahmad Zaidi, SMK Bako, dan Maktab Rendah Sains Mara Kuching. Gaya Parlimen British digunakan untuk setiap sidang dan ini merupakan julung kali diperkenal kan untuk sekolah menengah..

Bagi Peserta Kenyalang Debate Open pula sebanyak 19 institusi yang menyertai pertandingan ini. Masa ni yang paling seronok sebab banyak pengalaman yang zahir dapat well kawan baru pun dapat. Kalau baca balik entry ni macam formal la pulak jadi zahir nak jadikan entry ni seronok untuk dibaca. Lupa nak bagi tahu untuk KDO2015 ni zahir jadi runner tau. Banyak la yang zahir buat
jadi YDP,AJK Makanan, jadi photograper la macam-macam la padahal zahir dibawah AJK Pengangkutan tapi takpe yang penting Kerjasama tu mesti ada dan tu yang buat event ni berjaya Alhamdulillah..

Untuk Pidato Iban ni yang paling menguja kan zahir. Zahir memang tak faham apa yang diorang cakap tapi kalau ada perkataan yang zahir faham zahir dan kawan-kawan tepuk tangan ja buat-buat macam faham kan. Peserta untuk Pidato Iban ni ada 19 orang terdiri dari rakan-rakan zahir kebanyakkan nya. Bangga sangat dengan diorang sebab walaupun diorang peserta Pidato Iban diorang jugak la runner yang sama-sama dengan zahir ni. Tapi yang penting diorang tak lupa tugas diorang hehe
zahir akan sertakan entry ni dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan KDO2015. Maaf jika entry ni macam kaku sikit sebab tengah belajar untuk menulis entry huhu.

Gambar kat atas ni merupakan peserta untuk Kenyalang Muda mereka merupakan antara golongan yang julung kali menggunakan gaya parlimen british jadi zahir bangga dan tabik la kat diorang sebab sahut cabaran yang diberikan.



Finalist bagi KDO2015 yang sedang bertanding
Piala Pusingan untuk KDO2015
Pemenang bagi KDO2015 
Bergambar dengan pasukan yang zahir jaga iaitu UiTM Arau, Perlis


Zahir tertarik dengan gimik yang dipersembahkan untuk KDO kali ni. Nampak tak gambar yang ada pokok pisang tu. Zahir tak pasti tapi apa yang zahir faham gimik ni mengisahkan tentang adat orang iban sebenarnya yang bermaksud untuk menyambut tetamu dan semoga tetamu tersebut membawa pulang sesuatu yang beharga dari tempat tu. Jadi ini sejajar dengan KDO kali ini dimana setiap orang membawa sesuatu yang menarik untuk dibawa pulang tak semestinya piala pusingan ianya tentang friendship, ilmu dan pengalaman yang kita dapat dari tempat tersebut jadi tidak ada kerugian la kan.

Jadi rasanya itu sahaja untuk entry kali ni. Sebenarnya lama dah zahir buat tapi baru nak update sebab sibuk sangat  dengan persiapan untuk event yang seterusnya. so

Sekian..





You Might Also Like

6 ulasan:

Do Comment k