Kelayakan Mendapat Kelulusan Adsense

11:58:00 PTG Mohd Zahiruddin 2 Comments

Seperti yang kita ketahui Google Adsense merupakan salah satu medium untuk para blogger untuk menjana duit...Pendapat zahir untuk blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogger ni tapi belum lagi mendaftar bersama Google Adsense korang perlu daftar okay?**bagi yang nak menjana duit peribadi..

Penipuan?? Google nak tipu ke??

Untuk kali ni zahir nak kongsikan kelayakkan untuk mendapat Adsense ni..zahir dh baca dari banyak dari sumber-sumber internet dan zahir cuma ambik yang paling kerap disentuh oleh mereka..

1. Mempunyai Blog atau Website
Sudah tentu la kan untuk memasang tapak pengiklanan Adsense ni kita perlu ada rumah dia. Apa lagi blog korang la.. untuk pengetahuan korang sekarang Google Adsense menyediakan kandungan pengiklanan yang tersedia dalam bahasa malaysia jadi ia merupakan berita baik kepada kita-kita yang english pun berterabur ni hehe korang boleh tekan link kat bawah 

Google Adsense Kini Dalam Bahasa Malaysia

2. Kandungan Blog Yang Menepati Cita Rasa Google
Korang kena tau yang Google bukan duduk diam je..dia pantau setiap blog kita tau..jadi sekiranya anda memohon untuk Adsense ini sudah tentu blog anda akan di pantau..jadi apa yang zahir nak kongsikan agar blog anda mempunyai kelayakkan yang boleh menarik perhatian Google untuk beriklan di blog anda adalah mempunyai kandungan blog yang berkualiti dan berinformasi.
untuk blog personal yang letak kisah hidup peribadi korang memang kurang la sedikit peluang untuk memohon Adsense ini tapi penyelesaian nya adalah dengan menambah entry yang berinformasi contohnya macam keadaan semasa ke..In Shaa Allah pakcik Google tak lah kedekut sangat..

3. Trafik Blog kaya dengan Visitor
Ni paling susah nak hadap haha..bagi blog-blog yang memang lama dan jumlah visitor paling kurang pun 500 viewer memang zahir rasa blog macam ni akan dapat diluluskan dengan cepat..
untuk yang visitor rendah macam blog zahir sendiri yang mana mungkin visitor nya tersesat or tertekan link sebab tu masuk dalam blog hehe **lawak hambar** untuk blog yang pageview dia rendah dan berdasar kan pengalaman zahir sendiri zahir rasa korang cuma perlu konsistenkan jumlah visitor korang..maksud zahir jangan biar kan visitor korang kurang dari 100.yang ni pendapat zahir tau  bukan pendapat pakar hehe..In Shaa Allah kalau pakcik Google rasa blog korang berpotensi so dia akan bagi la kelulusan tuh..

4.Blog Kaya Keyword
Keyword merupakan satu elemen terpenting dalam blog diamana ia bole menarik banyak pengunjung-pengunjung untuk pergi ke blog korang jadi jika blog korang mempunyai keyword yang power-power saya jamin banyak yang akan pergi ke blog anda sekaligus meningkatkan jumlah visitor anda..zahir pun tengah belajar nak dapatkan keyword yang power untuk blog ni..selain itu korang pun boleh daftarkan blog korang dengan Google Webmaster untuk daftarkan blog anda agar ia terindex dalam sistem carian google.

5. Kesabaran
Korang mungkin rasa yang kelima ni lawak tapi kan berdasarkan pengalaman zahir dimana permohonan ditolak hampir 10 kali ni memang perlu kesabaran yang tinggi..korang jangan cepat berputus asa okay sebab untuk mendapat kelulusan dari syarikat yang besar macam tu memang payah dan kalau Google dah luluskan permohonan korang zahir yakin akan keluar satu entry pasal tu kan haaah 

Zahir rasa itu saja yang dapat zahir kongsikan..sebarang kekurangan zahir mohon maaf..zahir pun tengah belajar tentang Google Adsense ni

sekiann



You Might Also Like

2 ulasan:

  1. kalu tukar blogspot ke domain, still boleh register google adesense?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rujuk sini http://perantaumasa96.blogspot.com/2015/10/adsense-hosted-dan-non-hosted.html

      Padam

Do Comment k