AKHWAT MISTERI: Ujian Dari ALLAH [Part 1]

4:57:00 PG Mohd Zahiruddin 2 Comments

ok semua ingat lagi tak entry pasal Jom Jadi Novelis ? takkan dah lupa..hehe actually dah ad yang bagi cerpen kat zahir so zahir akan start post pasal crita diorang kat sini..so harap2 korang baca and komen pasal crita diorang sbb diorang mmg nk kena komen untuk perbaiki penulisan diorang..so crita kali ini kita mulakan dari seorang gadis yang dikenali sebagai AKHWAT MISTERI so terimalah..
_______________________________________________________________________________

Bismillah
 .
BAB 1
.
"Weh Fatt,sampai bila kau nak duduk rumah aku ni?Dah tiga hari ni , mak ayah kau tak risau ke?" Soal Aiman.Hari ini sudah masuk hari yang ketiga Fatthul Zikri menetap di rumahnya.
"Halau aku lah ni,tak mengapa..Aku faham,nanti aku baliklah.." Jawab Fatthul.Dia faham benar dengan maksud sahabatnya tu.
.
"Aku tak halau weh,mak ayah aku akan balik hari ni..Nanti apa pula yang merekan kata kalau kau duduk sini,sudah-sudah lah tu merajuk dengan mak ayah kau.." Ujar Aiman.Mama&papanya akan pulang dari Kedah pada hari ini.Sepatutnya dia juga turut serta tapi apakan daya,demi membantu sahabat baiknya,dia membatalkan niatnya.
.
"Cakaplah dengan mereka yang aku tumpang kejap,nanti aku bayar lah duit makan minum aku dekat sini..Aku malas lah balik rumah,malas tengok muka mak ayah aku tu..Menyakitkan hati je !" Ujar Fatthul Zikri.Sungguh kasar bahasanya.
.
"Kau balik rumah dulu,ambik baju..Nanti datang balik,okay..Bahasa kau tu,nanti mereka dah tiada..Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah" Nasihat Aiman.Kepalanya digelenggkan.Letih.
"Okay.." Balas pendek Fatthul
.
***
Kakinya tidak berhenti bergerak.Pantas.Mundar mandir.Gusar.Resah gelisah.Tangannya kesejukan.Mulutnya terkumat kamit.Zikrullah.
Bahunya disentuh.Kaget.Berhenti
"Bagaimana doktor...?" Soal dia
"Dia baik-baik sahaja..Banyakkan bersabar haji,semuanya di tangan Allah..Kita tunggu laporan selanjutnya,buat masa sekarang anak haji ni akan kami pantau dengan sekerap yang mungkin.." Ujar doktor yang mempunyai tanda nama Yusof.Lalu dia meninggalkan bapa kepada pesakit seorang gadis.
Dia terduduk.Ya Allah,dugaan apa lagi ini.Gumam sendiri


BAB 2

Pintu rumah diketuk.Berkali-kali.Mana orang tua ni,lambat pulak nak bukak pintu.Gutu Fatthul sendiri.
Pintu dikuak.Wajahnya tadi muram kembali ceria setelah melihat putera tunggalnya berada di depan rumahnya.
Dia memeluk erat tubuh anaknya.
Fatthul meloloskan diri.Rimas.Segera kakinya melangkah masuk.
.
Usai sampai di bilik,dia mencapai tuala.Niatnya cuma satu,pulang ke rumah ini hanya untuk mengambil baju lalu keluar pergi ke rumah Aiman.Kakinya laju ke arah kamar mandi.Mahu membersihkan diri.Disapa satu suara garau
"Fatthul,mak dengan ayah nak keluar ni..Bawah tudung saji ada makanan,makan lah dulu..Kami mungkin balik lambat.."
Dia menghiraukan.Lantas membersihkan diri
.
***
"Ustaz dah bagi tahu ke budak tu,saya nampak dia balik tadi.." Soal seorang pemuda.
"Nanti ustaz bagi tahu,memang nak pergi rumah dia pon..Tak pun nanti,ustaz panggil pihak polis je.."
.

BAB 3

Al-Quran diletakkan di sebelah.Dia mencapai seutas tasbih.Mulutnya sibuk mengalunkan zikrullah.Pandangannya dibuang ke luar.Anak matanya melirik.Lalu dia bingkas bangkit dari tempat duduknya.Dia masuk ke dalam rumah lalu mencapai bingkai gambar.Senyum.Abang rindu Maziah.Anak kita sayang.Monolog sendiri.Air matanya diseka.
.
***
Usai dia makan lalu mengemas bajunya.Dia mahu ke rumah Aiman.Semakin dia hampir dengan pintu rumahnya,pintu itu terlebih dahulu diketuk.Dia mempercepatkan langkahnya.Pintu dikuak.
Kaget.Dua orang anggota polis berada di hadapannya.Sasa.Pelik.
.
"Adik ni,Fatthul Zikri Bin Ridzuan ke..? Soal salah seorang pegawai polis
"Ye saya,ada apa ye?" Soal balik Fatthul
"Kami datang ni ingin menjemput adik ke hospital untuk mengesahkan mayat arwah mak&ayah adik..Mereka terlibat dengan kemalangan tiga hari yang lalu.."
.
Berderau darah Fatthul.Mahu juga dia ketawa.Mana mungkin mak&ayahnya meninggal dunia.Baru saja tadi ibu bapanya ada di rumah.Ibunya siap memeluk dia lagi..
"Ni mesti rancangan si Aiman tu kan,tak payah nak main-main lah..Mak ayah saya ada aje tadi,mereka keluar.." Ujar Fatthul dalam keadaan mahu ketawa.
.
"Soal mati tidak bole di bawa main-main adik,kalau tak percaya..Ayuh ikut kami ke hospital,dekat sana bole lah tahu ke tidak.." Tegas ujaran pegawai polis itu
"Baiklah.." Fatthul ikut cadangan pegawai polis itu.Dia akan buktikan.



Bab 4

Langkah kaki diatur.Tertib.Dia memeluk tubuh.Dingin.Anak panah menunjukkan 'Bilik Mayat' menghala ke arah kanan.Macam dalam televisyen tapi lebih dasyat.Dia mengikuti aje langkah pegawai polis&seorang doktor.Ntah mengapa dia merasa sebak.Perasaan itu dia abaikan saja.
Usai sampai di depan bilik mayat,dia disuruh masuk.Akur
Seorang doktor berbangsa cina menghampiri laci di mana situlah tersimpan jenazah.
Laci bernombor 13 ditarik lalu kain diselak dan laci seterusnya bernombor 14 ditarik lalu kain putih diselak.
.
Buntang mata Fatthul.Sebak mula menguasai dirinya.Kolam air matanya mulai penuh.Kepalanya berpusing.Mak! Ayah! Rebah
.
***
Baju dilipat rapi.Tersusun kemas.Dia memasukkan baju itu satu persatu ke dalam bagasi.Matanya melirik mencari apa lagi barang yang belum dikemas.Barang-barang yang dia bawa untuk menetap di hospital itu,hampir seminggu dia menetap di situ bersama anaknya.Bahunya disentuh.Dia menoleh ke belakang
.
"Abi,kita tak tinggal sini dah kan..Tinggal dekat rumah je kan,tak suka duduk sini.Nanti suruh je doktor datang rumah.." Soal puteri tunggalnya.Seraya duduk di sebelahnya..
.

BAB 5

Matanya lebam.Mukanya pucat.Puas dia menangis mengenangkan arwah mak&ayahnya.Sungguh dia kesal.Bahunya disentuh.
"Fatthul,ni ada mee goreng untuk kamu..Lepas balik dari hospital tak makan pon kan,nanti masuk angin susah pulak..Mak&ayah fatt dah selamat dikebumikan,malam ni ada tahlil..Datang surau ye,kita solat berjemaah maghrib..Fatt jangan risau,semua ustaz dah siapkan..Pergila rehat,nanti malam ni jumpa dekat surau.." Terang ustaz Sobri.Dia kasihan melihat anak muda belasan tahun itu.Umurnya masih muda tapi sudah kehilangan ibu bapa.Betul lah.Ajal tidak kira masa ! 
Allahu
.
***
Usai selesai solat berjemaah&majlis tahlil Fatthul Zikri bersalaman dengan orang-orang di surau itu.Malu ya amat.Sekali dua saja dia pernah melangkah kaki ke sini,tetapi mereka melayannya dengan baik.Terharu.Dia mengambil keputusan untuk pulang.Badannya lenguh.Kakinya diatur meninggalkan kawasan surau
"Fatthul ! Tunggu Fatthul ! .." Jerit Ustaz Sobri
Fatthul menoleh ke belakang.Dia berhenti melangkah.
.
"Cepatnya kamu nak balik,tak tunggu ustaz dulu..Ni ada sumbangan sikit dari orang kampung,ambik lah buat belanja mana yang patut..Kalau ada kurang,bagitahu ustaz ye..In shaa Allah,bole lah tolong sikit-sikit.." Ujar Ustaz Sobri.Dia memegang bahu Fatthul lalu menyerahkan samput surat yang berisi wang ringgit..
"Terima kasih ustaz untuk tahlil,untuk duit ni..Ustaz dan orang kampung banyak tolong saya uruskan jenazah mak&ayah,kalau ustaz tiada,ntah lah..." Ucap Fatthul.Dia mengeluh.
.
Ustaz Sobri hanya tersenyum.Dia diberi amanah oleh orang kampung untuk menguruskan jenazah Ridzuan&Hajar.Dia melihat Fatthul berlalu pergi.Semakin lama semakin hilang dari pandangan.

.


You Might Also Like

2 ulasan:

Do Comment k