AKHWAT MISTERI: Ujian Dari Allah [ Part 4]

7:52:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments


Ujian Dari Allah [ Part 1]
Ujian Dari Allah [ Part 2]
Ujian Dari Allah [ Part 3]

Dua tahun yang lalu~~
.
Tangannya ligat mengutip dedaun kering.Sesekali batu nisan di sapu.Jelas.Tersenyum.Rumput-rumput dicarik.Tanah di ratakan.Segulung tikar dihamparkan di sisi kubur.Melabuhkan punggung.Kemas posisi duduknya.
"Assalammualaikum,mak,ayah..Fatt datang ni,jenguk mak&ayah..Lama dah Fatt tak datang,dua tahun dah..Kubur pon dah serabut ni,nasib orang-orang dekat masjid ni tolong bersihkan..." Ucap Fatthul Zikri.Bibir mengutumkan senyuman.Kolam matanya mulai penuh.Tinggal melimpah saja.Rindu !
.
"Mak,ayah..Fatt rindu sangat,rindu dengan belaian mak&ayah..Fatt tiada sesiapa dah,Fatt nak peluk mak&ayah sekarang ni.." Luah Fatthul.Air matanya dibiar menitis.
.
"Fatt dah masuk madrasah,dah belajar dekat sana..Masa mula-mula masuk dulu,Fatt tak tahu apa-apa mak,ayah..Ustaz suruh Fatt belajar iqra dulu,kenal huruf..Fatt tak kenal huruf,Fatt buta jawi..Buat malu aje kan,lepas tu Fatt dah boleh masuk Quran..Dah bole baca quran,Alhamdulillah.." Fatthul mula bercerita sedikit demi sedikit pengalamannya.Air matanya bercucuran.
.
"Mak&ayah nak dengar?Fatthul dah hafaz 20 juzuk,sama dengan umur Fatt..Kejap ye mak,ayah..Fatt bacakan,dengar ye.." Fatthul mula mengalunkan surah-surah..
Suaranya tersekat-sekat dek kerana menahan sebak.Matanya dipejam.Sungguh dia rindu!Rindu!Ya Allah!
Dalam hatinya tika itu,segala perbuatan buruk yang dia lakukan pada arwah ibu bapanya terimbas! Berdosanya aku!
.
Usai habis mengalunkan kalimah suci Al-Quran,dia tertunduk.Menangis.Tangannya dikepal.Menyesalnya aku!Sungguh aku menyesal!Allah je yang mengetahui!
Mak,ayah..Fatt nak jumpa,Fatt nak peluk..Fatt nak cium mak&ayah,Fatt rindu semua tu mak,ayah..Allahuakbar
.
Kepalanya diangkat.Dia melihat satu pusara yang tidak jauh darinya.Aiman Ariffin!Sahabat.Dia bangkit lalu menuju ke pusara itu.
"Bro,asal kau tinggal aku cepat sangat?Aku rindu kau bro,kau kata nak tunggu aku..Dah janji kan bro,mana janji-janji kau?" Fatthul bersuara menahan sebak.Aiman Ariffin sahabatnya itu pergi meninggalkan dunia bertemu dengan Maha Pencipta.Mendahului dia.Dia mendapat berita itu ketika di madrasah Al-Ikhlas.Hari pertama dia memulakan bacaan Al-Quran.Hatinya ditusuk sembilu tajam.Ahhhhhh.
.
"Kau kata nak lepak sesama kat syurga,aku rindu kau Man..Kenapa pergi cepat sangat ni,aku tak sempat jumpa kau..Aku dah bole baca Quran,aku nak hafaz depan kau.." Fatthul menangis semahu-mahunya.Satu-satu orang yang dia kasihi pergi meninggalkan dirinya.
Dia sedekahkan surah yassin pada sahabatnya itu.
.


Suasana kembali tenang.Matanya lebam kerana menangis.Air matanya kering.Sudah tiada apa yang perlu dia kesalkan.Hanya mampu berdoa.In shaa Allah.Tiba-tiba bahunya disentuh.Sedikit kaget.Dia menoleh ke belakang.
.
"Ustaz?Allah,lama tak jumpa.." Kaget Fatthul Zikri kerana melihat ustaz Sobri.Seraya dia memeluk tubuh itu.
"Rindu ustaz ke?" Soal Sobri.Mengusik.
"Mesti lah,dua tahun tak jumpa" Luah Fatthul.Semasa dia ditinggalkan di madrasah dulu.Ustaz ini pernah berkata mahu menjenguk dirinya.Alih-alih bayangnya tidak kelihatan.Sibuk barangkali.
.
"Maaf lah,lama ustaz tak melawat kamu..Ustaz ada kerja,tapi bagus jugak ustaz tak jenguk kamu..Kamu bole lah fokus pada hafalan kamu,macam mana?Okay?Dah berapa juzuk?" Terang ustaz Sobri.Dia bertanya khabar tentang Fatthul.
.
"Tak mengapa,saya tak kisah pon ustaz..Alhamdulillah,saya dah hafaz 20 juzuk..Saya dah bole baca untuk arwah mak&ayah dengan kawan saya ustaz,dah cukup baik ustaz.." Terang Fatthul Zikri.Dia mengucap syukur.
.
Sobri hanya mendiamkan diri.Ntah mengapa.Kesedihan juga turut terpalit dalam dirinya.Sungguh.Dia juga rindu akan pasangan itu.Allah lebih sayangkan mereka.
.
"Alhamdulillah,kamu datang sini..Naik apa?" Soal Sobri
"Saya datang naik bas ustaz.." 
"Balik dengan ustaz lah,kebetulan ustaz nak pergi jugak madrasah kamu..Nak jumpa kawan dekat sana,jom lah.." Pelawa Sobri
.
"Kalau tak menyusahkan,baiklah..Terima kasih ustaz" 
"Sama-sama"
Mereka berjalan meninggalkan tanah perkuburan Islam itu.Menyusuri jalan-jalan penuh dedaun itu.Kian lama makin hilang dari pandangan.
.
Semua tindak tanduk mereka diperhatikan.Realiti atau lakonan?Titisan air matanya bagaikan benar.Jujur.Pantaskah dia?Kasih sayangnya bole dibahagikan?Atau hanya khas untuk mereka-mereka itu?Kekesalannya sungguh tampak.
Aku berserah padaMU ya Allah
.
TAMAT
---
.


You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k