AKHWAT MISTERI : Ujian Dari Allah [Part 3]

7:48:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

Ujian Dari Allah [ Part 1]
Ujian Dari Allah [ Part 2]
Bab 7


"Takdir kau Fatt,kena lah terima..Ambil ia dan jadikan pengajaran.." Aiman Memujuk.Dia juga turut terkejut setelah mendapat berita tersebut.Benar lah katanya.'Bila dah tiada,baru tahu langit tu tinggi ke rendah'. Dia turut bersedih.
.
"Kau nak tahu tak,masa aku balik hari tu..Mak aku peluk,erat sangat,bole buat aku tenang..Tapi,aku ni jahat,anak tak berguna..Aku lepaskan pelukan tu,aku buat tak tahu je..Ayah aku suruh makan,aku buat tak tahu je Man..Padahal mereka dah meninggal,dia orang masih lagi bagi aku rasa kasih sayang..Sampai mati aku ingat benda ni Man,aku rindu dia orang Fatt.." Terang Fatthul Zikri.Dia menangis teresak-esak.Air matanya bercucuran jatuh.Kekesalannya tidak dapat dia tebus.Tidak akan pernah!
.
Aiman yang mendengarnya turut menangis.Dia menepuk bahu Fatthul.Dia berusaha untuk memujuk.
"Sabar lah Fatt,ajal maut di tangan Allah.." Hanya itu yang mampu dilafaz Aiman ketika itu.
.
Pintu rumah diketuk beberapa kali.Fatthul&Aiman memandang ke arah pintu.Serentak.Lalu bingkas bangkit untuk melihat tetamu.Usai pintu dibuka.Ternyata ustaz Sobri.Fatthul hanya tersenyum
.
"Assalammulaikum Fatthul,sihat?Ustaz ganggu ke Fatthul nak rehat,ustaz ada benda nak cakap sikit.." Ucap ustaz Sobri.Lalu terangkan kehendaknya.
"Waalaikummussalam,Alhamdulillah saya sihat..Tak ganggu pon,ustaz nak cakap apa?" Jawab Fatthul Zikri.Berkerut dahi.Tertanya-tanya.
Lalu dia menjemput masuk.
.
"Begini,dulu arwah mak&ayah Fatthul ada jumpa ustaz..Mintak tolong ustaz untuk pujuk kamu belajar dekat madrasah,ini satu amanah katanya..Ustaz dah sampaikan,sekarang kamu buatlah keputusan.." Terang ustaz Sobri.Dia menyampaikan amanah arwah Ridzuan&Hajar.
.
Fatthul hanya mendiamkan diri.Ya.Itu satu permintaan arwah mak&ayahnya.Mahu tidak mahu.Terpulang pada dirinya.Ukhrawi atau duniawi?



Bab 8


"Weh,nanti pergi sana.Jaga diri tahu,belajar elok-elok..Jangan lupa aku ni,kalau tertekan jangan lari pulak.."Pesan Aiman kepada Fatthul Zikri.Dia gembira dengan keputusan Fatthul yang mahu belajar di salah satu madrasah yang terletak di Kuala Terengganu.
.
"Kau pon,nanti aku tak ada dah..Jaga diri,jaga solat..Aku minta maaf kalau ada salah silap dengan kau,doakan aku ye.."
Ucap Fatthul
"In shaa Allah,nanti bole lah ajar aku bab agama ni..Aku nak mintak satu benda bole?.." Soal Aiman
.
"Ye,apa?.." 
"Nanti kau pimpin aku ku syurga,bole?.."
"Kau nangis ke,kata anak jantan.."
"Mana ada,habuk lah nii"
"Nanti lepak kat syurga sesama ye"
Mereka saling berpelukan.Erat.
.
***
Usai mendaftar butiran peribadi,mereka pergi ke asrama putera.Fatthul membawa tiga bagasi serta barang-barang keperluan yang lain.Dibantu oleh ustaz Sobri.Setelah mendapat katil dan meninjau-ninjau kawasan madrasah Al-Ikhlas.Ustaz Sobri meminta diri mahu pulang kerana ada urusan kerja yang lain.
.
"Fatt,ustaz dah daftar..Dekat sini,Fatt belajar baik-baik ye..Ingat arwah mak&ayah,jangan hampakan harapan mereka..Ada masalah cakap je dekat ustaz-ustaz di sini,in shaa Allah mereka boleh bantu..Ustaz tak bole lama-lama,ada kerja lain..Nanti ada masa ustaz jenguk kamu ye.." Terang ustaz Sobri.Dia mengucap syukur kerana Fatthul Zikri mahu belajar di madrasah itu.Dia memesan pada Fatthul.Usai dia bersalaman dengan anak muda itu.Lantas dia berlalu pergi.Fatthul Zikri ditenung.
.
Fatthul hanya mengangguk.Bagai mengerti maksud ustaz yang berusia lewat 30-an itu.Kereta milik ustaz Sobri kian hilang dari pandangan.Mengatur langkah berlalu pergi.
.


Bab 9


Dia menghirup angin laut.Jubahnya beralun dek terpaan angin kencang.Tudung labuhnya berterbangan kecil.Sama hebat hatinya.Kaki diatur.Perlahan-lahan.Mengamit jiwanya.Air mata diseka.Deruan ombak memukul pasir.Sakit.Ya sakit.Seperti dia.

Kakinya mengikut arahan akal.Berhenti.Berjalan.Tiba-tiba anak matanya terpandang sehelai kain kecil.Dia mendekati.Diambil.Matanya melilar mencari manusia yang ada di situ.
Dia ke?
"Hei,tunggu!Tunggu" Separuh menjerit.
Dia berlari anak.Mendekati seseorang itu.
.
Dia menoleh ke belakang.Berhenti.
"Ini milik awak?" Soal gadis itu sambil menunjukkan sehelai sapu tangan.
"Ya,saya punya..Terima kasih sangat ye" Jawab lelaki itu dengan agak sikit kaget.Dia mengambilnya.
.
"Sama-sama,jaga baik-baik..Nanti jatuh lagi.." Ucap gadis itu.Lalu berlalu pergi.Takut-takut mengundang fitnah.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri.Gadis itu berjalan menyusuri pasir-pasir pantai.Dia hanya sekadar melihat.Lantas dia berlalu pergi meninggalkan tempat itu..


-AKHWAT MISTERI-

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k