AKHWAT MISTERI: Ujian Dari ALLAH [Part 2]

4:08:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments


Bab 6

Fatthul Zikri memegang seutas tasbih.Tak kering bibir dek zikrullah.Kolam air matanya penuh.Tunggu masa saja akan melimpah.Dia melihat sekeliling rumah.Ya rumah.Mahligai mereka sekeluarga.Tetapi sekarang ni,sudah tiada ertinya lagi.Dia memegang dadanya.'Mak,ayah..Fatt rindu' gumam sendiri Fatthul.Air matanya menitis bagi terusan air yang tidak berhenti.Dilepaskan segala kesedihannya di atas tikar sejadah.
.
Hampir seminggu dia terperap dalam rumah.Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.Cukup hanya sendirian.Lamunannya terhenti setelah mendengar ketukan pintu rumah.Air mata diseka.Dia bingkas bangkit lalu berjalan menuju ke pintu rumah.Pintu dikuak.
"Aiman! Lama tak jumpa kau,masuklah.." Kaget Fatthul setelah melihat Aiman sahabatnya itu berada di hadapannya.Lalu dia persilakan masuk.
.
"Kau tu yang terperap dalam rumah,dah seminggu Fatt..Sudah lah tu,belajar lah redha..Aku faham susah,tapi kau kena terima dugaan yang Allah dah bagi..Tengok keadaan kau macam ni risau aku,tak terurus Fatthul..Makin kurus,rumah pon gelap.." Bebel Aiman.Dia tidak sanggup melihat keadaan Fatthul Zikri begini.Dirinya tidak terurus.Dia sayang sahabatnya yang seorang ini.
.
Wajah Fatthul kembali berubah.Matanya bertakung air.Dia melabuhkan punggunnya di atas sofa.Tunduk.
"Ni semua salah aku Man,kalau aku tak lari rumah hari tu.Mak&ayah aku tak akan kemalangan.Mereka kemalangan sebab cari aku Man,cari aku!".. Fatthul bersuara setelah kian lama berdiam diri.Dia menangis teresak-esak.
.
###
Hajar meletakkan dulang berisi dua cawan kopi dan sepinggan kuih karipap.Dia memandang suaminya sekilas.Ada raut kebimbangan di wajah suaminya.Dia melabuhkan punggung.Berhadapan dengan suaminya.
"Awak rasa,dia nak ke pergi sana..Tak akan mahunya lah si budak tu,awak pon tahu kan perangai dia macam mana.." Ridzuan bersuara.Dia menyuarakan kegusaran dalam dirinya terhadap Hajar.
.
"Kita cuba dulu ye bang,mana tahu dia nak..Hajar berdoa banyak bang,Moga Allah buka pintu hatinya.." Balas Hajar.Dia tetap mahu mencuba nasib.In shaa Allah
Mereka berdua menjamu makanan yang terhidang.
"Assalammualaikum,mak ayah.." Satu suara garau menerpa.
"Waalaikummussalam" Serentak Hajar&Ridzuan menjawab salam 
.
"Mak dengan ayah makan rupanya,bukan nak ajak Fatt.."Fatthul menyapa mak&ayahnya yang sedang menjamu selera.Lalu dia duduk di sebelah Hajar.
"Alala,manjanya anak mak ni..sini lah datang makan sekali,lagi pon mak ada benda nak cakap ni.." Pelawa Hajar seraya menyatakan hajatnya.
.
"Apa mak,macam penting je.." Soal Fatthul sambil mengambil sebiji karipap lalu memasukkanya dalam mulut.
"Mak nak hantar Fatt pergi madrasah,belajar dekat sana..Soal belanja Fatt tak usah risau,mak&ayah bole cari..Yang penting Fatt pergi ye nak.." Terang Hajar.Dia melepaskan satu keluhan kecil.Lega.
.
Mulutnya tadii rancak mengunyah langsung saja berhenti.Dia memandang wajah ibu&ayahnya.Dia meletakkan kembali karipap yang telah dimakan sedikit tadi.
"Tak nak lah mak,Fatt nak masuk universiti..Fatt nak jadi doktor,bukan ustaz.." Fatthul berterus terang.Mentah-mentah dia menolak.
.
"Tak semestinya yang masuk madrasah tu jadi ustaz nak,mak tahu Fatt nak jadi doktor..Fatt masuk sekejap je,dalam tiga tahun..Lepas tu Fatt keluar,bole sambung belajar.." Pujuk Hajar.Dia tetap mahu putera tunggalnya itu masuk ke alam pengajian di madrasah.Dia mahu anaknya menjadi seorang Al-Hafiz Al-Quran.
.
"Lamanya!Tak mahu lah mak,apa guna keputusan SPM Fatt bagus tapi masuk madrasah..Tak standard lah mak,malu lah kawan-kawan Fatt tahu.." Nada suara Fatthul Zikri berubah.Kian meninggi.Tiga tahun satu tempoh yang cukup lama.
"Fatthul,nak masuk syurga ada standard ke?.." Soal Ridzuan.Dia bersuara setelah lama berdiam diri.
.


.
"Ayah tahu apa?Tahu nak paksa orang je.." Fatthul memandang tepat ayahnya.Sakit hati!
"Fatthul,jaga bahasa tu.." Ridzuan memberi arahan.
Hajar memandang Ridzuan tanda dia bole menguruskan anaknya itu.
.
"Fatthul,tak lama pon..Sekejap je,mak&ayah nak Fatt jadi hafiz Al-Quran..Nanti bila mak&ayah dah meninggal Fatt bole sedekahkan kami surah-surah Al-Quran..Tenang hati kami Fatt,masuk ye.." Rayu Hajar pada Fatthul Zikri.
.
"Yang mak ni nak cakap pasal mati dah kenapa,muda lagi nak cakap pasal mati..Fatt bole belajar sendiri lah mak,ayah..Tak payah sampai nak pergi madrasah tu,dah lah sampai tiga tahun..Fatt nak belajar cepat-cepat,jadi doktor cepat..Bole pinang Laily cepat-cepat,kalau masuk madrasah tu..Lambat lah jawabnya bole jadi doktor.." Rungut Fatthul.Dia berusaha mencari seribu satu alasan agar tidak pergi ke madrasah.Dia bingkas bangun.
.
Hajar menahan Fatthul Zikri.Dia menarik lengan anaknya itu.
"Mak&ayah bukan selamanya akan hidup Fatt,mak nak Fatt jadi orang yang baik,pandai,ada ilmu agama..Nanti nak nikoh lagi besar tanggungjawabnya Fatt,pergi ye sayang.." Hajar merayu sepenuh hatinya.Dia tidak mahu anaknya itu hanya sekadar pintar akan ilmu duniawi bahkan mahu anaknya menguasai ilmu ukhrawi..
.
"Oh,selama ni..Fatt tak baik lah,tak pandai lah..Kalau Fatt ni bodoh,tak pandai..Buat apa jaga Fatt..Tinggal je tepi jalan,dah kalau mak nak sangat kan..Mak je lah yang pergi madrasah tu...!" Tempik Fatthul.Dia melepaskan kemarahannya.Jawapannya tidak,maka tidak lah!
.
Ridzuan yang melihat pertelingkahan tersebut mulai berdiri.Sama tinggi dengan anaknya.
"Jangan biadap sangat Fatthul Zikri,apa yang mak&ayah buat ni..Untuk masa depan kamu juga,bukannya tak bole jadi doktor..Bole aje lepas keluar madrasah tu,cuba faham sikit.." Ridzuan mengelurkan isi hatinya.
.
"Mak&ayah suruh Fatt faham,tapi mak&ayah yang tak faham Fatt..Macam mana pulak tu?..Fatt tak nak pergi,janganlah paksa.." Kakinya lansung bergerak pantas meninggalkan ibu&ayahnya
.
Hajar bingkas bangun.Dia berlari anak mengejar anaknya itu.Semakin menghampiri Fatthul lalu dia memegang bahu anaknya itu.
"Fatt,mak faham sayang..Tapi faham jugaklah permintaan mak&ayah ni,pergi lah belajar kat madrasah tu..Tengok sepupu Fatt tu,okay je belajar dekat madrasah.." Hajar memujuk lagi.Bersungguh-sungguh.
.
Fatthul menepis sentuhan Hajar.Berang
"Kalau mak&ayah nak sangat,pergilah belajar kat sana..Tadi mak kata dah tua kan,nak mati..Pergilah!Fatt muda lagi!.." Fatthul menghamburkan segalanya.Biadap
.
Pang!Satu tamparan hinggap di pipi Fatthul Zikri.Tersungkur.
"Abang!Kenapa buat macam tu,anak kita ni.." Terjerit kecil Hajar melihat aksi Ridzuan menampar anaknya.
"Biadap sangat!Tahu tak cakap depan siapa?Ni mak,ni ayah kau..Mak&ayah tak pernah ajar kau jadi biadap macam ni,kami nak kau masuk madrasah tu supaya jadi manusia yang baik..Kami sayang kau Fatthul.." Ujar Ridzuan.Dia tidak tahan melihat Hajar diperlakukan seperti itu.Sungguh dia tidak sangka Fatthul akan berkata seperti itu.
.
Fatthul memegang pipinya yang pedih.Darah pekat mengalir.Dia bingkas bangun.Kakinya mengatur langkah.Dia ke bilik.Baju&seluar yang ada depan mata dicapai masuk ke dalam beg.Usai bersiap.Dia keluar ke ruang tamu.Pantas.Mukanya merah menahan marah.
Hajar yang melihatnya menahan.
"Fatthul nak pergi mana ni sayang?Bawa beg,ayah tak sengaja Fatt..Mak sayang Fatt.." Hajar memujuk
.
"Sayang konon,kalau sayang..Ayah tak akan pukul Fatt lah,mana ada mak ayah pukul anak..!" Bentak Fatthul.Sungguh dia berang.Segera kakinya berlalu pergi.Pintu rumahnya dikuak.Hilang dari pandangan
"Abang,kejar anak kita..Hajar sayang dia bang,abang tak sepatutnya buat macam tu.." Pinta Hajar.Air matanya diseka
"Biarkan dia,nanti dia balik lah tu.." Ridzuan memeluk Hajar.Dia tidak mahu Hajar terus bersedih..


-AKHWAT MISTERI-

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k