RAYA!!

11:06:00 PG Mohd Zahiruddin 1 Comments


Hai semuaaa...
memandangkan mybe beberapa hari lagi dah nk raya eloklah zahir post pasal raya an korang..Yeay RAYA!!!. sebenarnya zahir tak tau lagi tentang intipati untuk tajuk ni so zahir akan tulis mengikut apa yang terdetik dihati yang tak sabar nk beraya nih..so kalau entry kali ni hambar korang jangan kutuk pulak haha puasaa lagi nih...tak elok tak pasal2 kurang pahala puasa.

KENANGAN+PERUBAHAN
bercerita tentang kenangan ni kan ofcoz la tak kan ad yang tak happy semua nya happy kot. mungkin trlalu lucu or trlalu sedih.ntah2 ad kenangan yang memang tak leh nk hadp kalau nk ingat balik haha  kalau zahir la kan kenangan tu banyak sangat kadang2 ad yang kita tak boleh lupa hingga ke harini..klau zaman zahir time kecik2 dulu sampailah sekarang zahir akan beraya di dua tempat berbeza setiap tahun yela kan memandangkan parent dari tempat yang berbeza so kena beraya berlainan tempat la tp apa yang zahir nk cerita dengan korang bukan pasal asal usul zahir ok hehe klau korang perasan la kan zaman2 kita dulu dengan kenakalan kita lagi yang macam kera yang baru tgok bandar macam2 pernah kita buat. zaman zahir kecik dulu kan semua dan segala jenis mercun dan jampi2 semua zahir dh try haha mercun gasing, mercun padi, bom , bunga api dan macam2 lagi la memang xkan tinggal la semua tu semua nk try kan x kesah pun dengan iklan putus jari la melecur segala smua tu tak kisah asalkan seronok lagi2 ad yang kreatif guna besi cuci periuk tu jd bunga api..seronok je kan tp sekarang mmg masih ad mercun dan bom semua tu tapi bila dh grow up skrg timbul perasaan yang berbeza macam keseronokkan tu hilang tak tau kenapa.. mungkin mak minah punya pasal la ni..btw guys mak minah ni karakter yang zahir cipta tau..xde kena mengena dengan sesiapa..hanya sekadar menambh ahli dalam penceritaan haha

tp la kan mungkin perubahan yang korang alami berbeza dari zahir mungkin masa kecik korang main je kan tapi sekarang kena jadi buruh paksa kat rumah sendiri buat kek la kemas rumah, pasang lampu raya dan macam2 lagi la..mungkin ada yang tak balik rumah raya tahun ni itu pun kira kenangan+perubahan biasa la ad sesetengah tempat ni mmg cuti raya pun 3 hari nk buat apa balik kalau rumah jauh kan..membazir je..kan?? jadi sbgai penjelasan walaubagaimanapun  perubahan yang kita hadapi kita hendakla menghadapinya dengan penuh kesabaran and enjoy la raya dengan family and kawan2 hehe. btol tak?



KEHENDAK+PEMBAZIRAN
Selesai bercakap tentang kenangan n pembaziran baiklah Sambutan Hari Raya kita cuma dapat sambut setahun sekali je kan haha bagi zahir kan stahun sekali tu la macam2 benda yang kita nk..nk sofa baru la, baju 3 pasang la , handphone baru la, rambut baru la, rumah baru la dan byk la..perkataan "la"main peranan kat situ. perasan tak? kalau tak perasan pergi baca balik haha chop2 manala tau entah2 bini baru pun ada "la" kan hehe *senyum jahat* ..apa2pun kat sini zahir nak kata kita nak semua nya lengkap pada hari raya ofcoz la raya setahun sekali je kan?..tp korang tak rasa melebih ke??

yerla mmg raya sekali je setahun tapi takkan la nk membazir sampai beli macam2..even dalam islam pun kta diajar untuk bersederhana kan? kadang2 tak payah tgok barang yang kita beli la tgok je kek yang ibu kita buat brapa biji? kalau 4 biji bole diterima kan. ni kadang2 sampai 7 biji nk buat apa..maklum rumah cik timah kat sebelah tu ada 5 biji kek so korang tak nk kalah korang buat sampai 7 biji kek nk buat apa? sapa nk makan semua tu?..kos buat kek tu brapa dah kan. mintak maaf buat akak2 or abg2 yang mungkin terasa tapi kat sini mksud zahir bukan nk memerli ke apa. tapi realiti harini org buat kuih semata2 nk tunjuk yang rumah dia byk kuih la semua yang itu sangat membazir..dan zahir tak menafikan bukan semua begitu hanya sesetengah orang sahaja..jadi kesimpulannya bersederhanalah dalam menyambut raya kerana tak semua yang kita nikmati dapat org lain rasai..maksud nya kita kena syukur yang kita dapat hidup dlam keselesaan tetapi dlaam masa yang sma kita kena jugak fikir bagaimana insan yang tidak mempunyai kesenangan hidup malah tak dapat nak menyambut raya pun kan..jadi kita kena SYUKUR SELALU.

oleh itu, sebelum zahir sudahi sesi merapu ni eloklah kita beringat2 agar kesusahan dapat di elakkan. pembaziran please elakkan ok? dan bg ketua keluarga pula jangan lupa bayar zakat ok :) ..sekian






You Might Also Like

1 ulasan:

Do Comment k