UiTM

9:28:00 PG Mohd Zahiruddin 0 Comments

Assalamualaikum Guys..
OK apa yang Zahir nk share harinie adalah… jeng3 UiTM..
Mesti korang tertanya-tanya apa benda dendan tajuk tu UiTM? Or apa kena mengena an korang? Well memang takde kena mengena pun ngan korang, ni kisah tentang perjalan Zahir memasuki UiTM SAMARAHAN SARAWAK. Haha ok ni juga mungkin panduan la bagi sesiapa yang nk tau or nk rasa apa yg zahir rasa.
Zahir akan ceritakan satu persatu dari hari first pendaftaran sampai la Minggu Destini Siswa (MDS).
FIRST DAY
Masa ni la zahir paling nervous taktau la pasal apa tp yerla kan perubahan merentasi masa*cewahh haha tak de la zahir nervous sbb yerlakan zahir kan akan meninggalkan zaman persekolahan dan akan beralih ke zaman Universiti pulak. Tp apa yang zahir lebih risau adalah barang zahir belum pack satu benda pun bayangkan bertapa rabak nya mata zahir malam sebelum tu sebab nk pack barang >.<
Sampai2 je kat UiTM  trus daftar kat UiTM 1..owh ye zahir lupa nak bagitau yang UiTM  kat Samarahan ni ada dua kampus iaitu UiTM Samarahan 1 dan UiTM Samarahan 2 ok zahir di tempatkan kat UiTM kampus 2 tp trpaksa pergi ke UiTM 1 untuk Minggu Destini Siswa. Setelah selesai semua urusan kitorang punya program bermula la tepat pukul 3.30 petang
Tak banyak yang kitorang buat pada hari tu habis program pukul 1030 malam *senang hidup aku .
SECOND DAY
Hari kedua lagi la zahir byk masa free. Hari kedua kitorang buat pendaftaran utama n kitorng dibahagikan kepada 35 kumpulan. Masa ni baru zahir tau yang intake kali ini adalah yg terbanyak setakat ni. Jumlah pelajar yang telah mendaftar pada hari tersebut ialah 1997 orang belum termasuk yang belum mendaftar lagi. Tengok bertapa banyak nya pelajar UiTM batch kitorang sampaikan dewan penuh n sesak giler *dewan hanya dapat menampung sebanyak 1200 org. Nasib baik zahir kena group number 7 kalau tak sampai ke malam la tunggu nk daftar.
Malam pulak kitorang buat rehersal perasmian bla.bla.bla..huhu kena balik pukul 1130 pulak.
HARI KETIGA
Ok hariketiga adalah paling bosan maklum la CERAMAH je sepanjang hari. Dah la kena duduk kat Ufloor sebb dewan penuh. PANAS kot.. dan petang tu zahir berjuang penuh gigih semata2 nak masuk ke dalam dewan yang sejuk dengan air cond dia haha seperti yang abg n kakak PM(pembantu siswa) kata “first come first serve” dah macam barang jual dh haha..
LAST DAY
Finally aku sampai hari last. Hari dimana zahir pindah ke UiTM baru hari dimana zahir sah dari segi undang2 menjadi pelajar UiTM. Zahir pun tak tau nak cakap apa tp bersyukur sebab ya la ni lah ketentuan-Nya apa2 pun zahir akan tetap berusaha untuk mendapat segulung ijazah.
Apa2 pun ni la zahir sekarang pelajar UiTM secara rasminya. Korang doakan kejayaan zahir k.

Tu je la kali ni kalau ada masa zahir tulis lagi padahal xde orang pun yang baca kan…haha kat sini la zahir syok sndiri

You Might Also Like

0 comments:

Do Comment k